Ahad, 19 April 2015

MENGAPA SAYA TIDAK SOKONG PERHIMPUNAN JALANAN?

Sumber : Google

Sejak akhir akhir ini banyak sungguh demonstrasi jalanan dan perhimpunan di jalan raya diadakan oleh parti pembangkang antaranya #KitaLawan dan Bantah GST. Perhimpunan itu diadakan untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan dan berharap kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib akan dapat dijatuhkan seperti mana yang berlaku di negara negara luar.

Wujud dua pendapat yang berbeza tentang perhimpunan itu. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang. Masing masing mahu menegakkan hujah masing masing mengapa mereka menyokong dan membantah perhimpunan dan demonstrasi jalanan itu diadakan. Sebagai blogger, saya cenderung untuk membantah perhimpunan itu.

Timbul persoalan, mengapa perhimpunan itu diadakan di sekitar Sogo? Mengapa tidak dilakukan di Petaling Street misalnya? Atau mengapa tidak diadakan di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang? Adakah perhimpunan tersebut telah mencapai objektif yang mereka mahukan?


Apabila perhimpunan tersebut dianjurkan, Sogo dan beberapa kedai di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman itu tidak dapat beroperasi seperti biasa kerana khuatir dirosakkan oleh peserta peserta perhimpunan yang ganas dan bertindak liar. Jalan raya menjadi sesak kerana banyak jalan ditutup bagi memberi laluan kepada perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah kepada agama, bangsa dan negara itu. Perhimpunan yang menjadi modal politik pihak parti pembangkang untuk meraih populariti dan sekadar memancing undi.   

Saya juga tidak suka akan pelaksanaan cukai GST itu tetapi tidaklah sampai saya berhimpun untuk melahirkan rasa protes saya. Jika saya tidak suka dengan GST, saya tidak akan mengundi BN dalam PRU14 nanti. Apa gunanya saya harus memenatkan diri saya untuk semata mata untuk Anwar Ibrahim? Apa gunanya saya harus membahayakan keselamatan saya akibat dikejar oleh polis semata mata kerana cukai bernama GST?

Adakah peserta peserta perhimpunan berpendapat negara akan menjadi baik jika kerajaan sekarang ditumbangkan dengan cara perhimpunan jalanan? Kita lihat di negara negara Arab seperti Mesir misalnya, adakah Mesir kembali aman, harmoni, sentosa dan tenteram selepas Hosni Mubarak ditumbangkan melalui perhimpunan jalanan di Medan Tahrir? Negara tersebut baik seketika di bawah Mohamed Mursi namun kembali bergolak di bawah Fattah Al-Sisi. 

Jelasnya perhimpunan jalanan bukanlah jalan terbaik untuk menumbangkan kerajaan kerana tidak semestinya kerajaan yang naik selepas itu boleh mentadbir dengan baik seperti mana kerajaan sekarang! Mungkin jika BN ditumbangkan melalui jalan raya, naik pula Pakatan Rakyat yang memerintah negara, Malaysia akan kekal seperti sekarang atau mungkin lebih teruk lagi!

Saya bukanlah penyokong BN tetapi saya ingin bertanya, apakah jaminan PR jika mereka memerintah nanti keadaan akan menjadi lebih baik daripada sekarang? Jika Selangor pun boleh musnah dan jahanam oleh kerana kerakusan dan ketamakkan pemimpin pemimpin mereka berebut kuasa untuk menjadi Menteri Besar Selangor, apakah jaminan mereka supaya Malaysia tidak berlaku huru hara seperti mana berlaku di Selangor?

Saya tidak fikir oleh kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim dan semata mata GST kita mesti berhimpun di jalan raya. Itu bukan satu keperluan mendesak untuk kita melakukan perhimpunan itu. Masih ada banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan selain daripada menganjurkan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah itu.

Namun begitu, saya tidak menolak kebaikkan perhimpunan itu sekiranya melibatkan agama, bangsa dan negara. Sebagai contoh, jika Najib mengarahkan semua masjid di Malaysia diruntuhkan tanpa sebab sebab yang kukuh atau tidak membenarkan azan dilaungkan kerana dibantah oleh orang kafir, barulah wajar saya akan menyertai perhimpunan untuk menumbangkan kerajaan yang zalim semacam itu.

Jika Najib sebagai Perdana Menteri cuba menghina agama Islam dengan dahsyat atau membuang agama Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan Persekutuan, barulah saya akan mengangkat senjata untuk menentang Najib dan kabilahnya. Jika Najib menembak saya atau umat Islam yang lain untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat, barulah saya akan menentang Najib dengan cara berhimpun jalan raya.

Jika Najib tidak membenarkan Islam dikembangkan atau Islam dan umatnya ditindas oleh Najib seperti mana yang berlaku di negara negara asing yang lain, barulah wajar saya berhimpun untuk mempertahankan agama saya. Jika saya mati pun, Insha Allah…saya mati syahid kerana mempertahankan agama Allah. Kalau mati kerana mahu menegakkan keadilan untuk Anwar Ibrahim atau mati kerana membantah GST dengan cara berhimpun di jalan raya, maka sia sialah mati itu. Tidak tahu pula jika PAS mengeluarkan fatwa mati mempertahankan Anwar Ibrahim atau mati kerana membantah GST akan jadi mati syahid!

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati kita kepada kerajaan lebih lebih lagi dengan kewujudan media sosial pada hari ini. Jika mahu berhimpun pun, berhimpunlah cara aman tanpa menyusahkan orang lain. Tetapi itulah sikap kita dan para pemimpin kita. Kita suka menyusahkan orang lain semata mata kerana mahu menegakkan agenda politik masing masing. Akhirnya rakyat juga yang jadi mangsa.

Kesimpulannya, saya tidak menyokong perhimpunan jalanan yang dianjurkan oleh pihak parti pembangkang semata mata kerana isu Lynas, Bersih, Bebaskan Anwar atau Bantah GST. Saya hanya akan berhimpun dan mungkin mengangkat senjata kalau Najib dan kabilahnya menindas Islam dan umatnya.


7 ulasan:

  1. setuju. aku pun x suka gst. tp perhimpunan haram bukan jalan penyelesaian nyer. bah kan menutup periuk nasi org sbb byk kedai yg trpaksa tutup semasa perhimpunan haram ni.

    BalasPadam
  2. masalahnya suara rakyat yang berhimpun ni kerajaan tak ambil peduli..hu3

    BalasPadam
  3. Zumal pun tak suka gak perhimpunan jalanan nie, menyusahkan banyak pihak...

    BalasPadam
  4. Rasanya ada cara lain kita leh guna utk salurkan bantahan...cuma nak @ xnak jer

    BalasPadam
  5. betul la.perhimpunan macam ni lebih banyak menyusahkan.kalau perhimpunan untuk tegakkan agama,boleh tahan lagi.bukan apa,kadang ada yang bawa anak bersama.kesian anak kena berpanas-panas,bersesak-sesak.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.