Sumber : Google |
Abdul Rahim Kajai adalah Bapa
Kewartawanan Melayu. Beliau diberi gelaran itu kerana sumbangannya yang banyak
dan luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran Melayu. Beliau telah berkhidmat sebagai
wartawan, Pengarang dan Ketua Pengarang dalam banyak surat khabar yang muncul
di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan antaranya Saudara, Majlis, Warta Malaya dan
Utusan Melayu. Sebagai seorang wartawan besar, Kajai juga banyak melatih
wartawan wartawan di zamannya.
Sumbangan Kajai tidak terhad dalam
bidang kewartawanan sahaja tetapi juga turut meliputi kemajuan bangsa Melayu,
agama Islam dan pembangunan Tanah Melayu. Semua itu disalurkan oleh Kajai dalam
penulisan Rencana Pengarang, rencana dan cerpen cerpennya. Tidak ada satu pun
penulisan Kajai yang tidak menyentuh akan ketiga tiga teras tersebut.
Sebagai penulis blog yang cintakan
agama, bangsa dan negara, wajarlah kita semua – para blogger ini mencontohi
Rahim Kajai dalam dunia penulisan. Tidak kiralah niche apa pun yang kita
pilih dalam penulisan blog kita, tetapi kita janganlah sesekali terlupa untuk
menyumbangkan sesuatu kepada agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai ini.
Ya, saya akui negara kita ini
mempunyai banyak kelemahan di sana sini. Kelemahan kelemahan itu datangnya
daripada kelemahan pemimpin pemimpin kita dan kelemahan dari kita sendiri.
Lantaran itu, wajarlah kita menggunakan pena kita yang tajam itu untuk
memperbaiki segala kelemahan kelemahan yang berlaku di negara ini dengan cara
membuat kritikan dan teguran secara berkala dalam penulisan blog kita.
Jom baca : Doa untuk mengelak masalah lupa (ini bukan iklan 8share ye!)
Agenda pembangunan agama, bangsa dan
negara bukan dipikul oleh pemimpin negara sahaja tetapi juga oleh sekalian
rakyatnya. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberi pelbagai sumbangan untuk
kemajuan negara ini. Lihatlah Rahim Kajai. Beliau tidak henti henti menulis
tentang pembangunan bangsa Melayu, pendidikan anak anak Melayu, kemajuan Tanah
Melayu dan sebagainya dalam setiap tulisan tulisannya.
Sikap semacam inilah yang perlu
diterapkan dalam setiap sanubari penulis penulis blog yang berbangsa Melayu
pada hari ini. Apa yang menyedihkan adalah kebanyakkan daripada kita malu untuk
bercakap yang kita ini Melayu seolah olah Melayu ini bangsa yang paling hina
dalam dunia! Ataupun barangkali kita tidak mahu dituduh perkauman (rasis)
kerana bercakap tentang Melayu.
Sepatutnya pemikiran yang semacam itu
wajar dibuang sejauh mungkin dalam kotak fikiran penulis penulis blog berbangsa
Melayu pada hari ini. Lihat sahaja Rahim Kajai. Beliau tidak pernah takut mengkritik
British supaya mengambil cakna perihal kebajikan dan pembangunan orang Melayu.
Kajai tidak gentar bercakap soal bangsanya walaupun kemungkinan besar beliau
boleh ditangkap kerana mengkritik pihak British dalam akhbar akhbar arus
perdana ketika itu.
Maksud saya dalam memberi sumbangan
kepada bangsa, agama dan negara itu adalah menulis perkara perkara yang boleh
memberi manfaat kepada bangsa kita yang sememangnya banyak ketinggalan
berbanding dengan bangsa bangsa lain itu. Tulislah pelbagai ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh
bangsa Melayu di luar sana supaya pemikiran mereka boleh berkembang apabila membaca
blog kita.
Sebagai contoh, jika seseorang
blogger itu mahir dalam selok belok dunia perniagaan dan kewangan, sewajarnya
mereka menulis di dalam blog mereka tentang tatacara pengurusan perniagaan dan
kewangan supaya lebih ramai lagi orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia
amnya boleh menjadi ahli perniagaan dan pakar kewangan yang berjaya. Jangan
sesekali kedekut ilmu dan membawa ilmu tersebut ke liang lahad! Ingatlah, ilmu
adalah hak Allah dan kita wajar berkongsi untuk kebaikkan bersama.
Sebagai blogger, janganlah kita
menulis sesuatu perkara yang boleh membawa perpecahan dan perbalahan sesama
kita. Kita sepatutnya menggunakan pena kita yang tajam itu untuk menyatukan
bangsa dan mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam. Jangan wujudkan
perpecahan sesama Islam melalui penulisan di blog kita.
Kesimpulannya, marilah kita resapi
semangat kemelayuan, kebangsaan dan kecintaan kepada negara yang ada dalam diri
Rahim Kajai itu ke dalam diri kita. Marilah sama sama kita mencontohi beliau
dalam dunia penulisan blog kita supaya Islam, Melayu dan Malaysia bukan sahaja
akan mengecapi kemajuan tetapi juga akan kekal terpelihara sampai bila bila. Al Fatihah buat Abdul Rahim Kajai…
Biar apa yang kita tulis tu menyebarkan kebaikan dan bukan persengketaan. Kita juga kena bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. kan Haziq ^-^
BalasPadamMalangnya ada yang menggunakan kepandaian menulis blog digunakan sepenuhnya untuk memburuk-burukkan kerajaan dan memecah-belahkan perpaduan di Malaysia..
BalasPadamtulis resepi je lah senang.. semua kenyang hehehhehe
BalasPadambanyak pahala seorang blogger dapat kalau apa yang dia tulis tu bermanfaat untuk semua..
BalasPadamsemoga penulisan kita mmberi kebaikan kepada pembaca dan masyarakat khasnya
BalasPadamSesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang
BalasPadam