Sumber : Google |
Jika hendak dibandingkan antara Zizan
dan Johan sebagai pelawak yang diminati, saya pasti akan memilih Johan. Ini
kerana penyampai radio Era itu mempunyai bakat yang besar sebagai pelawak jika
hendak dibandingkan antara Zizan yang bergantung kepada rupa paras dan
kontroversi semata mata. Berbeza dengan Johan, dia punya bakat menjadi seorang
pelawak yang terkemuka. Tidak hairanlah dia mampu menjadi juara dalam program
Maharaja Lawak Mega (bersama Zizan) beberapa kali.
Jujur saya memang tabik pada Johan di
atas bakat dan kebolehan lawaknya itu. Tetapi ada perkara yang tidak saya
gemari dalam lawak lawak Johan. Kutuk mengutuk dan memperlekehkan orang lain
sudah menjadi perencah rasa dalam lawak lawaknya. Jarang sekali saya dengar
lawak lawaknya yang tidak ada perbuatan itu. Rasa saya, tidak sah jika Johan
tidak mengutuk orang dalam lawak lawaknya.
Memang dari satu sudut orang ketawa
dengan lawak lawak kutukan tersebut. Orang memujinya sebagai pelawak hebat dan
sejati. Tetapi tanpa dia sedari dia telah pun mendapat dosa kerana mengutuk dan
memperlekehkan orang lain. Orang yang ketawa di atas lawak lawak kutukannya pun
turut mendapat ‘saham’ sama. Ini kerana lawak kutukan Johan itu akan
menyebabkan orang terguris hati mendengarnya.
Lupakah kita semua atas kes saman
yang mahu difailkan oleh Azwan Ali dan Ogy Ahmad Daud ke atas Johan? Itu semua
berlaku kerana mereka terguris dengan lawak lawak ‘kejam’ Johan. Orang ketawa
berdekah dekah dengan lawak Johan itu tetapi hati Ogy dan hati Azwan yang sakit
mendengarnya. Johan melawak seolah olah dia adalah manusia paling sempurna
dalam dunia!
Ternyata ABPBH2014 yang berlangsung
Ahad lepas telah menjadi saksi yang Johan bukanlah manusia yang sempurna
sehingga berhak untuk mengutuk dan memperlekehkan orang lain. Secara tidak
sengaja, dia telah mencium mulut Ozlyn (isterinya) apabila diumum sebagai
pemenang Penyampai Radio Paling Popular di anugerah berprestij tersebut.
Peminat mengecamnya kerana perbuatan itu tidak sopan dan bercanggah pula dengan
budaya Melayu dan ajaran Islam.
Ironinya, Johan dan isteri
mempertahankan tindakan tersebut atas alasan mereka adalah suami isteri.
Mungkin Johan tidak tinggi ilmu Islamnya sehingga bisa mengeluarkan kenyataan
semacam itu. Pada saya, dalam kesibukan Johan mencari rezeki itu, luangkanlah
sedikit masa untuk pergi mendalami ilmu Islam yang luas itu. Jika terlalu sibuk
sangat mengalahkan Perdana Menteri, tonton sahajalah rancangan 30 Minit Bersama
Ustaz Don di TV Alhijrah itu.
Ulamak melarang kita (suami isteri)
sama sekali untuk terlalu mesra di khalayak ramai. Tidak salah untuk suami
isteri bermesraan secara berlebihan tetapi hanya di dalam rumah sahaja. Jika
pengantin lelaki mencium dahi pengantin perempuan ketika habis akad nikah pun
sudah salah, apatah lagi dengan kelakuan Johan yang serupa itu di khalayak
ramai? Sudah tentulah kesalahannya lebih lagi.
Inilah padahnya jika artis dijunjung
dan ulamak digantung! Sebab itulah umat Islam menjadi lemah dan mundur kerana
kita tidak akrab dengan ulamak malah malas pula mahu mendalami ilmu Islam
dengan ulamak. Akhirnya kita menjadi jahil sejahilnya. Johan sepatutnya tidak
boleh mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan tindakannya itu. Dia wajar
bertemu dengan ulamak untuk meminta pandangan adakah perbuatannya di malam
ABPBH2014 itu dibolehkan dalam Islam? Jika sudah punya jawapan, barulah wajar
dia keluarkan kenyataan.
Orang menegur Johan di laman sosial
berkenaan soal itu bukan kerana mereka benci pada Johan. Mereka mahu menegur
dan memberitahu kepada Johan bahawa apa yang dia lakukan itu adalah salah. Jika
tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Johan sepatutnya menerima teguran itu
dengan tangan terbuka dan bertanya dahulu kepada yang pakar tentang hukum hakam
Islam tentang soal mencium isteri di khalayak ramai itu kemudian barulah boleh
mengeluarkan sebarang kenyataan.
Kesimpulannya, apa yang dilakukan
oleh Johan bersama isterinya itu tetap salah di sini agama. Saya tidak mahu
menjatuhkan apa apa hukum kelak saya pula yang berdosa kerana mahu tunjuk
pandai pula. Johan wajar bertanya terlebih dahulu kepada ulamak yang muktabar
berkenaan hukum mencium isteri di khalayak ramai sebelum berani untuk
mengeluarkan apa apa kenyataan. Moga Johan insaf di atas perbuatannya.
Nota : saya sangat sibuk sekarang
ini. Maaf jika saya tidak punya kesempatan untuk blogwalking ke blog anda
semua. Jika sudah ada waktu lapang, saya pasti akan melakukannya. Wassalam…
Tapi kan dia dah cakap yg perkara tu spontan and dia tak terfikir pun nak melakukannya.. Sudah tentu disebabkan mereka suami isteri justeru Johan juga menyatakan bahawa tak salah pun perbuatan tersebut kerana status mereka..
BalasPadamMungkin tak cukup jelas cara dia bela diri dia tetapi berdasarkan apa yang dia katakan (tak sengaja cium), masihkah Johan berada di kerusi pesalah?
itulah namanya tiada manusia yang sempurna.rapi kan kalau dia rasa dia tersasar sedikit sebab terspontan,akui kesalahan tersebut kan lebih elok daripada memberikan alasan yang suami isteri.
BalasPadambetullah,peminta tegur sebab sayang dan nak perbetulkan kesilapan.
Hmmm...speechless hihih
BalasPadam