Rabu, 18 Mac 2015

NAJIB WAJAR IKUT RAFIZI

Sumber : Google

Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli telah membuat pengisytiharan hartanya baru baru ini. Tindakan itu dilakukan bagi menyahut cabaran beberapa pemimpin UMNO yang memintanya supaya mengisytiharkan harta kerana beliau sering kali mengkritik kekayaan Najib selaku Perdana Menteri dan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang lain.

Rafizi kemudiannya mencabar Najib supaya mengisytiharkan harta supaya Najib boleh membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan yang tidak berpandanan dengan gaji.

Selaku seorang penulis blog, saya melihat tindakan Rafizi ini sebagai satu tindakan yang wajar dan molek. Sudah sepatutnya seorang ahli politik yang mahu kelihatan bersih di mata rakyat perlu melakukan perkara itu. Sudah semestinya juga sebagai seorang yang gemar mengkritik kekayaan orang lain perlu melakukan tindakan tersebut.


Oleh itu, Najib selaku pemimpin nombor satu negara perlu membuat pengisytiharan harta beliau untuk membuktikan bahawa beliau benar benar seorang pemimpin yang bersih. Rakyat marhaen mahu tahu berapa kekayaan yang dimiliki oleh Najib sebagai seorang ahli politik dan anak kepada bekas Perdana Menteri – Tun Razak.

Jika Najib mahu kelihatan bersih, amatlah wajar beliau mengikut tindakan Rafizi. Tetapi jika beliau terus terusan mahu dicurigai oleh rakyat, beliau boleh terus berdiam diri atau mencipta seribu alasan untuk melakukan perkara itu tetapi dari segi politik, Najib telah mencalar imej politiknya sendiri.   

Cerita cerita mengenai kekayaan Najib sudah acapkali kedengaran di sana sini. Di media media sosial sebagai media yang berpengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia sekarang banyak mendedahkan tentang kekayaan Najib dan Rosmah. Keborosan Najib dan Rosmah berbelanja (sama ada khabar angin atau khabar yang benar) acapkali dipaparkan kepada rakyat.

Pendedahan pendedahan yang semacam itu telah menyebabkan imej Najib bukan lagi calar teruk tetapi sudah calar balar! Pendedahan pendedahan yang semacam itu juga telah menyebabkan kebencian rakyat terhadap kepimpinan Najib semakin meluap-luap dan itu akan memberi kesan kepada kemenangan Barisan Nasional pada PRU yang akan datang.

Cerita tentang cincin dan beg tangan Rosmah yang mahal itu boleh menggerhanakan politik Najib. Bukan sahaja politik Najib tetapi juga politik pemimpin pemimpin kerajaan yang lain. Sehubungan dengan itu, amatlah wajar dan molek jika Najib boleh mengikut langkah Rafizi – mengisytiharkan harta dengan berani.  

Jika Najib berada dalam kedudukan yang benar dan mendapat harta kekayaan tersebut dengan cara yang benar, Najib tidak perlu kecut takut untuk mengsiytiharkan hartanya. Tetapi jika Najib mendapat semua harta itu dengan cara yang salah – saya tidak tahu apa akan berlaku pada Najib di masa akan datang.

Kesimpulannya, saya meminta agar Najib dan semua pemimpin Barisan Nasional agar mengsiytiharkan harta masing masing secepat mungkin. Tindakan itu boleh menutup mulut pengkritik kerajaan yang gemar mencari salah pemimpin kerajaan sekaligus membersihkan nama pemimpin kerajaan yang dikatakan menjadi kaya dengan cara yang salah. Oleh itu, Najib dan pemimpin kerajaan yang lain wajar ikut tindakan Rafizi.



6 ulasan:

  1. memang patut sebab jika Najib tak ikut Rafizi ia akan jadi modal PR untuk serang BN nanti...hehehe...lagipun takut kerana salah..berani kerana benar

    BalasPadam
  2. susah juga sebab kemungkinan akan pengistiharan yang "diada-adakan" hehehehe....

    BalasPadam
  3. Pemimpin BN mana berani tu...Durang tu suka menggertak rakyat..

    BalasPadam
  4. Itu sangat baik sebenarnya tapi kalau nak adil, semua wakil rakyat di Malaysia patut isytihar harta masing-masing, jadi rakyat boleh menilai dengan adil..

    BalasPadam
  5. Sampai ke sudah najib tak berani nak dedahkan harta simpanan dia dapat dari mana.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.