Sabtu, 7 Mac 2015

FAKTOR FAKTOR BERGIAT DALAM DUNIA BLOG

#BloggerTalk



Rasa macam seronok pula untuk menyertai segmen kedua anjuran Sahabat Blogger di Facebook. Jadi, dalam kesibukan mengulangkaji pelajaran, saya tetap menulis entri ini bagi menyertai segmen tersebut. Sebenarnya ada pelbagai faktor yang mendorong saya untuk mewujudkan blog MNH Sastera Melayu ini.

Pertama, sejak di bangku sekolah rendah lagi saya suka membaca novel. Daripada minat membaca itu timbul pula minat untuk bergelar seorang penulis. Saya memang suka menulis dan bercita cita untuk menjadi penulis novel yang terkemuka seperti J.K.Rowling misalnya. Saya pernah menghantar beberapa karya saya ke beberapa buah syarikat penerbitan namun semuanya ditolak. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menulis cerpen, puisi dan novel saya di dalam blog ini sahaja.

Kedua, selain membaca dan menonton televisyen, menulis adalah hobi saya. Menulis boleh memberikan saya kepuasan lebih lebih lagi apabila orang membaca tulisan saya. Bila disebut hobi, sudah pastilah kita tidak jemu untuk melakukannya. Pernah juga saya bercita cita untuk menjadi penulis blog terkemuka tetapi bagi saya populariti sebenarnya boleh merosakkan hidup saya. Oleh itu, saya lebih suka menulis tanpa mengejar populariti sebaliknya suka mengejar  traffik!


Ketiga, saya suka menyampai buah fikiran saya kepada masyarakat demi agama, bangsa dan negara. Tidak ada apa yang boleh saya sumbangkan kepada masyarakat Malaysia selain daripada menyampaikan buah fikiran saya, menegur kesilapan mesyarakat, memberi pandangan alternatif dan merakam sejarah zaman. Saya juga suka melemparkan pendapat saya dalam pelbagai isu seperti politik, hiburan, sukan, budaya, sosial dan sebagainya. Saya berharap tulisan saya di blog ini dapat dibaca dan dihayati oleh generasi akan datang. Semoga tulisan saya di blog ini boleh memberi manfaat kepada para pembaca hendaknya.

Keempat, saya tidak dikurniakan bakat untuk berdebat dan berhujah. Dalam perdebatan, saya sering sahaja kalah kerana akal saya tidak cekap untuk memproses maklumat untuk membidas hujah lawan. Oleh itu, melalui penulisan di blog ini sahajalah saya akan membalas hujah hujah dangkal yang dikemukakan oleh lawan saya.  

Kelima, saya suka melahirkan isi hati saya melalui penulisan. Ketika saya marah, sedih atau kecewa saya akan meluahkannya dalam bentuk penulisan sama ada penulisan  itu berbentuk puisi atau penulisan berbentuk artikel. Tetapi biasanya saya kerap melontarkan isi hati saya melalui puisi puisi saya yang karut marut itu. 

Keenam, saya ingin juga mendapat hasil daripada penulisan saya. Oleh itu, selain menampal banner pengiklanan di blog kecil saya ini, saya juga berniaga produk kesihatan Shaklee secara kecil kecilan. Semoga perniagaan Shaklee saya dapat membuahkan hasil yang banyak selepas ini. 

Ketujuh, sebagai penulis blog, kita pasti perlu membaca dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis sesuatu di blog. Oleh itu, dengan menjadi seorang penulis blog, dapatlah kiranya saya menambah ilmu pengetahuan saya yang cetek lagi tohor ini. Menurut Dr. Mahathir, orang yang menulis mempunyai fikiran yang sangat tajam dan tidak hairanlah beliau pun bergelar seorang penulis. 

Kesimpulannya, itulah faktor faktor mengapa saya bergiat dalam dunia blog. Blog yang saya bangunkan ini sangat istimewa dan berharga bagi diri saya dan saya berbangga jika orang boleh mengenal saya sebagai seorang penulis blog. Semoga blog MNH Sastera Melayu ini akan terus maju dan bertahan sampai bila bila. 

7 ulasan:

  1. yang keempat, sebenarnya, saya mempunyai kelebihan untuk berdebat dan berhujah, sebab tu saya tolak politik... sebab saya takut saya menyalahgunakan kelebihan bijak berdebat dan akan menyebabkan orang yang tak bersalah, teraniaya.

    ke tujuh, tak semua blogger membuat kajian sebelum mencoret di blog, sebab tu banyak fitnah makin tersebar, yang penting kata mereka, jadi viral, trafik masyuk.

    dan atas kata-kata dr.m tu lah, sekarang saya mula bergiat menulis diatas kertas. hehehehe

    BalasPadam
  2. gua tulis blog sebab nak dapat duit.

    itu sahaja.

    sekian.

    BalasPadam
  3. Penulisan Haziq sememangnya berkualiti dan mempunyai isi yang baik yang boleh dimanfaatkan sebagai rujukan. Semoga Haziq berjaya yer ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih zumal. Terharu sangat,..pertama kali orang cakap macam tu.

      Padam
    2. Hanya jauhari mengenal manikam..:)

      Padam
  4. yang penting kita suka dengan penulisan kita sndiri dalam blog kita kan...ikut kita laa nk corak blog mcm mne..asalkan tidak mendatagkan mudarat pada org lain hihihi

    BalasPadam
  5. Good luck dalam cita2 adik... orang muda yang bwrjiwa besar n berbakat dalam menulks blog dengan isi2 yg bagus mudah difahami..m

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.