Sabtu, 28 Mac 2015

BLOG MENGUNTUNGKAN ATAU MERUGIKAN MASA?



Entri yang saya hendak tulis ini adalah satu tugasan dari group Sahabar Blogger. Satu soalan yang mungkin akan ditanya oleh ramai orang kepada seorang penulis blog atau blogger, blog menguntungkan atau merugikan masa? Saya yakin pasti ada diantara saudara atau kawan kawan kita (blogger) pernah tanya tentang soalan itu. Setakat hari ini saya belum pernah lagi ditanya soalan sebegitu tetapi seandainya ada orang yang bertanya, saya akan menjawab bahawa blog ini sangat menguntungkan!

Sejak di bangku sekolah menengah lagi saya memang bercita cita untuk menjadi seorang penulis. Dari cita cita itulah timbulnya minat untuk menulis. Tetapi siapa yang mahu membaca tulisan saya? Di mana pula saya mahu menulis untuk mencapai cita cita saya untuk menjadi seorang penulis itu? Selain menulis di dalam buku sekolah dan dalam kertas peperiksaan, tiada tempat lagi saya boleh menulis. Tiada tempat lagi buat saya untuk 'memuaskan' minat menulis saya. Justeru itu, dengan adanya kewujudan blog, saya bukan sahaja boleh mengisi minat menulis saya, tetapi cita cita saya untuk menjadi seorang penulis sudah pun terlaksana. Jadi wajarlah saya mengatakan blog ini menguntungkan kerana boleh memenuhi tuntutan minat saya di samping mencapai cita cita saya untuk menjadi seorang penulis. 

Setiap hari saya membesar dengan satu rasa untuk menyatakan dan meluahkan sesuatu. Saya tidak bisa menyatakan atau meluahkan sesuatu perkara itu kepada sebarangan orang. Sebagai contoh, saya tidak berpuas hati dengan lambakan pendatang asing di negara ini. Saya tidak boleh meluahkan perasaan tidak puas hati saya itu kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, dengan adanya blog, saya boleh menulis untuk melahirkan rasa tidak puas hati saya itu. Apabila ada orang membaca tulisan saya dan bersependapat pula dengan saya, rasa tidak puas hati itu sedikit sebanyak terubat juga. Oleh itu, sekali saya tekankan bahawa blog ini sangat menguntungkan.   


Semua orang tahu blog juga boleh menghubungkan kita dengan ramai orang. Bergiat di dalam dunia blog boleh menambah rakan maya seperti mana Facebook, Twitter dan Instagram. Itulah satu keuntungan dengan menjadi seorang penulis blog. Walaubagaimanapun, menjadi seorang penulis blog juga menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam diri saya. Banyak perkara yang saya tidak tahu, saya bisa tahu apabila menjadi seorang penulis blog. Perkara itu berlaku apabila saya melakukan blogwalking. Pendek kata, blog sangat menguntungkan! 

Sebenarnya banyak peranan blog yang ramai orang tidak tahu. Sebab itu ramai orang menggelarkan blogger ini sebagai 'goblok', 'bangang', 'penembak curi' dan sebagainya. Blog di era sekarang bukan sahaja untuk mengasah bakat menulis tetapi juga dapat menyampaikan maklumat, meluahkan pendapat, melontarkan perasaan, melahirkan isi hati dan membuat kritikan. Pendek kata, peranan sesebuah blog ini sangat besar dan banyak.  

Tetapi bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Minat menulis perlu ada dalam diri seorang blogger. Selain itu, seseorang blogger itu perlu punya kerajinan untuk mengemaskini blognya dengan kerap. Seseorang blogger itu juga perlu punya banyak idea untuk menulis dan mengemaskini blognya. Jika seseorang blogger itu tidak punya ciri ciri di atas, amatlah sukar untuk dia menjadi seorang blogger berjaya dan terkemuka. Apatah lagi untuk menjadi seorang blogger yang boleh menjana pendapatan daripada blognya.  

Kesimpulannya, menjadi seorang blogger banyak menguntungkan diri saya. Tetapi terpulanglah pada pendapat masing masing. Jika ada yang berpendapat bahawa blog ini merugikan masa, kita tidak mampu untuk mengubah pendirian mereka itu. Itu pendapat dan hak mereka untuk mengatakannya. Kita tidak boleh memaksa orang untuk menukar pendirian mereka semata mata itu adalah minat kita. Walau apa pun, jadilah seorang blogger yang ikhlas dalam menulis blog demi agama, bangsa dan negara.  

7 ulasan:

  1. semoga terus menulis bro...apabila kita lakukan sesuatu berdasarkan minat..kita takkan mudah rasa jemu dan yang penting kita buat buakn sebab keuntungan semata-mata

    BalasPadam
  2. untung atau rugi terpulang pada tujuan kita wat blog kan...kalau mencapai tujuan....sepatutnya untung la kan hihihi

    BalasPadam
  3. Rasanya yang bukan blogger yang akan cakap merugikan masa.. hehe

    BalasPadam
  4. Pada zumal, untung atau ruginya berblog tu bergantung kepada pemilik blog itu sendiri. Kalau beliau nak untung dari segi kewangan, beliau boleh berusaha ke arahnya manakala jika target beliau untuk jadikan blog sebagai medan menyuarakan pendapat, beliau juga boleh menumpukan ke arah tersebut...

    BalasPadam
  5. keuntungan bergantung kepada niat kita.jika buat blog sekadar suka-suka,isi masa terluang,dah untung la tu kan.kadang yang kata rugi ni sebab tak pernah rasa macam mana jadi blogger.

    BalasPadam
  6. Betul tu..
    Bila saya baca entri ni saya memang setuju kerana memang kita boleh menzahirkan pendapat kita tentang sesuatu isu tanpa menuding jari kepada pihak yang kita sasarkan, tetapi secara general.

    BalasPadam
  7. Selain tu, kita dapat berkongsi pengetahuan memandangkan kita semua dari background berbeza.
    Ilmu yang bermanfaat kalau disampaikan insyaallah akan menjadi 'bekal' kita Di Sana kelak :)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.