Sabtu, 7 Februari 2015

RESAH

Sumber : Google


Aku resah berada di rumah itu,
Kerana ada tugasan yang menanti diriku,
Kerana ada tugasan yang belum ku urus,
Dengan jitu.

Bagaimana untuk aku lakukan tugasan itu,
Di saat semua manusia ada disekelilingku,
Suasana bising sentiasa menghantui diriku,
Sedangkan untuk melakukan tugasan itu,
Aku memerlukan suasana yang sunyi,
Sunyi dari suara beribu ribu.


Aku mahu segera pulang,
Ke tempat asalku,
Agar aku bisa,
Melakukan tugasan yang tertangguh itu,
Supaya aku tiada masalah,
Di saat hari penentu.

Aku berharap,
Ada sinar baik buat diriku,
Pabila aku lakukan tugasan itu,
Di tempat asalku,
Supaya aku tidak beroleh masalah,
Tatkala aku mahu menyudahkannya.
Di hari penentu.  


4 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.