Sumber : Google |
Aku pelanggan miskin,
Singgah ke kedai makan,
Letaknya di tengah kota metropolitan,
Untuk beli barang makanan,
Bagi mengisi perut kelaparan.
Kedai itu kecil sahaja,
Tapi ramai juga pengunjungnya,
Yang terdiri dari warga kota,
Dengan tujuan yang sama,
Untuk mengisi perut yang kosong
semata mata.
Aku duduk di sebuah meja,
Menunggu makananku disedia,
Menonton sebuah televisyen lama,
Dan pelanggan yang baru tiba,
Yang mahu mengisi perut juga.
Datang pula sekumpulan pelanggan,
Tertinjau tinjau mencari meja makan,
Ada dua buah meja kosong di belakang
sana,
Mereka tinjau juga meja yang aku
punya.
Datang tauke kedai kepadaku,
Minta aku pergi dari meja itu,
Untuk duduk di kerusi kematu,
Di ceruk kedai itu,
Supaya pelanggannya yang ramai itu,
Bisa duduk di meja yang ku dapat
dulu.
Aku terpaksa pergi,
Dengan hati pilu,
Aku pelanggan miskin,
Jika aku pelanggan kaya,
Aku akan dilayan umpama raja,
Aku tidak disuruh begitu sahaja,
Untuk duduk di kerusi pekerja.
Itulah nasibku,
Seorang pelanggan miskin.
lumrah dunia sudah menjadi kelaziman dan kebiasaan yg miskin di hina.. penulisan dan gaya bahasa hebat.
BalasPadamwow power bro!!!..haha..happy blogging
BalasPadammemang sengsara menjadi orang miskin..orang tak pandang tetapi tak apa..pada Allah SWT memang mulia jika miskin harta tetapi kaya iman
BalasPadamHuh..makanan tu dibayar juga dengan kos yang sama, kan? Kenapa perlu bezakan darjat.
BalasPadamTinggi darjat x mustahil rendah adab.
xpe...biar miskin harta jangan miskin pahala...harap bertabah dan aggp itu cuma ujian dari yang Esa...
BalasPadam