Sumber : Google |
Baru baru ini saya ada menonton
rancangan 999 yang disiarkan di TV3. Saya jarang menonton rancangan tersebut
tetapi apabila bapa saya sudah membukanya, suka atau tidak perlu juga saya
menonton. Menarik juga kupasan kupasan isu jenayah yang diketengahkan dalam
rancangan itu. Antara yang menarik perhatian saya adalah tentang isu dadah yang
melanda anak Melayu pada masa kini.
Sedih saya melihat anak Melayu yang
berusia belasan tahun sudah mula terjebak dalam najis dadah. Ini semua gara
gara pengaruh rakan sebaya. Sebab itulah penting kita memilih kawan yang betul
supaya kita tidak terlibat dalam perkara perkara yang karut marut seperti itu.
Didikan ibu bapa dan guru juga penting supaya anak anak muda Melayu kita ini
boleh terhindar dari najis dadah tersebut.
Di Malaysia, 99.99% orang Melayu
adalah beragama Islam. Maka, pengaruh dadah yang ‘menyerang’ anak Melayu ini
juga boleh memberi kesan buruk kepada agama Islam itu sendiri. Tanggapan
negatif masyarakat bukan Islam terhadap najis dadah yang membelengu anak Melayu
kini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Islam itu sendiri.
Tambahan pula, siapa yang mahu
melebarkan dakwah Islam kalau bukan orang Islam sendiri? Siapa yang mahu
mempertahankan Islam sekiranya Islam diserang suatu hari nanti kalau bukan
orang muda? Tetapi bagaimana pula dakwah Islamiah dan mempertahankan Islam itu
boleh berlaku sekiranya anak anak muda Islam sendiri sudah terjejas dengan
najis dadah?
Inilah yang membimbangkan saya
melihat anak muda Melayu sudah rosak teruk akibat najis dadah ini. Ingatlah,
umat Islam pada masa kini diserang kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah
oleh orang orang kafir yang benci akan agama Islam. Sebagai orang Islam, kita
jangan terlalu leka dengan kesenangan hidup pada masa kini dengan melakukan
perkara yang karut marut kelak kita akan binasa nanti.
Kerajaan sebagai penguasa tertinggi
di sesebuah negara perlu mempergiatkan usaha untuk membanteras penyalahguaan
dadah supaya anak anak muda kita tidak terus hanyut dan rosak. Anggota
masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dengan melaporkan kegiatan
penyalahgunaan dadah di tempat anda kepada pihak berkuasa agar masalah ini
dapat di atasi dengan kadar segera.
Ini baru kes penyalahgunaan dadah.
Bagaimana pula dengan kes seks bebas, seks songsang, penganut aliran pemikiran
sesat dan songsang, gelaja buang anak, merempit, mencuri, merompak dan lain
lain lagi? Tidakkah anak anak muda Melayu/Islam antara yang terlibat di dalam
masalah ini?
Perlu diingatkan bahawa orang orang
kafir akan sentiasa mencari cara untuk menghancurkan Islam. Mereka tidak akan
pernah berhenti walaupun sekali. Namun begitu, jika anak anak muda Islam sudah
tidak berupaya lagi mempertahankan Islam kerana najis dadah, alamat hancurlah
agama Allah ini. Sanggupkah kita melihatnya?
Tepuk dada dan tanya iman kita.
Ini bukanlah masalah yang baru. Masalah
ini sudah lama dan semakin membarah dalam masyarakat kita. Tindakan tindakan
ada diambil cuma belum mencukupi untuk membanteras masalah ini secara
holistiknya. Oleh itu, sudah sampai masanya kita perlu menukar strategi kita
secepat mungkin untuk mengatasi masalah yang semakin teruk dan semakin banyak
itu.
Pendek kata, semua pihak perlu
bekerjasama dan memikul tanggungjawab di pundak masing masing untuk membasmi
masalah ini. Kita tidak boleh sekadar berpeluk tubuh, membutakan mata dan
memekakkan telinga dengan membiarkan sahaja masalah ini berlarutan. Satu
tindakan yang berkesan dan menyeluruh perlu diambil dengan kadar segera.
Kesimpulannya, marilah sama sama kita
berganding bahu untuk membasmi masalah ketagihan dadah dalam kalangan remaja
Islam ini secepat mungkin. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.
Marilah sama sama kita menyumbang idea dan usaha bagi mengatasi masalah ini
secepat mungkin.
salam. memang ramai yg terjebak dikalangan org melayu..
BalasPadamtidak kurang jgk dgn kes mabuk.,org melayu jgk yg lebih ramai terjebak
BalasPadamApalah bgus sgt ngan benda nih
BalasPadam.. Ish3
Anda ditag di sini http://shukranzahari.blogspot.com/2015/02/terma-dan-syarat-utk-join-liebster.html?m=1
semua pihak kena main peranan . yang paling penting cara ibu bapa mendidik anak2 merek
BalasPadamkalau kita pancung pengedar dan penagih dadah... takkan ada orang yg berani nak sentuh pun... radikal tak pandangan saya?
BalasPadamSegalan-galanya bermula dengan ibu bapa yang tidak mengamalkan ajaran Islam. Meninggalkan solat 5 waktu adalah punca bencana menimpa masyarakat.
BalasPadamBenar agama main peranan. Tapi penagih tidak bermakna tidak berakhlak dan kurang beragama. Kalaulah anda faham sains sosial, buruk mereka yg anda nampak adalah reaksi dari stigma yg melekat pada mereka. Media yg menokok tambah, sekatan dari segi pekerjaan, penahanan penagih yg tidak melakukan jenayah hanya memburukkan lagi keadaan. Cuba lihat dadah ketum, ada tak orang panggil ia dadah, kat kedah orang anggap ketum benda biasa, penagih ketum jarang bermasaalah kerana tiada stigma bagi penagih ketum kat sana, sedangkan ketagihan ketum ni sngt kuat, lebih kuat daripada syabu, dan boleh jadi gantian heroin. Cara kita tangani masalah dadah sekarang sebenarnya salah, kita seolah2 mendapat kepuasan menghukum mereka yg kita pandang hina seperti sampah. Kenapakah arak tidak diharamkan dlm sistem perundangan kita, sedangkan arak sama ketagihannya seperti dadah haram lain, kesan mudaratnya terhadap individu dan orang sekelilingnya sangat besar. Ini kerana mereka sudah lihat kesannya sewaktu amerika mengharamkannya lebih seratus tahun lalu. Kesannya adalah sama seperti yg kita nampak pada kesan pengharaman dadah sekarang.
Padambetul tu,kena berganding bahu untuk banteras benda ni.tapi tu la,kadang masyarakat sekeliling kebanyakan tak ambil peduli.lepas tu,pandang serong sangat pada bekas penjenayah.padahal tak semestinya tak ada peluang berubah ke arah kebaikan kan.
BalasPadam