Sabtu, 28 Februari 2015

APA DOSA NEELOFA?

Sumber : Google

Anugerah Meletop Era baru sahaja melabuhkan tirainya pada minggu lepas. Tiada apa yang saya mahu tegur tentang anugerah tersebut kecuali pemenang anugerah tidak boleh bercakap lebih daripada lima patah perkataan. Saya tahu semua program mahu mengejar masa namun pada saya lima patah perkataan untuk membuat ucapan bukanlah satu tindakan yang bagus sebenarnya. Banyak pihak yang mahu dihargai oleh pemenang tidak dapat disebut ketika menyampaikan ucapan.

Pada saya, Anugerah Meletop Era pada tahun ini lebih bagus daripada tahun lepas. Ini mungkin kerana adanya kehadiran Johan sebagai pengacara bersama Datuk AC Mizal, Nabil, Neelofa dan Zizan yang mampu menggamatkan suasana dengan lawak jenakanya. Itulah kelebihan Johan yang tidak ada pada pelawak dan pengacara lain yang ada di Malaysia ini.

Di sebalik ramai orang memperkatakan tentang kehebatan Johan sebagai ‘teraju utama’ dalam anugerah tersebut, kehadiran Neelofa sebagai pengacara bersama tidak lepas daripada diperkatakan dan mendapat ulasan orang ramai. Apa yang menyedihkan, kata kata dan ulasan yang dilemparkan kepada Neelofa hanyalah kritikan dan bersifat negatif semata mata seolah olah Neelofa itu melakukan dosa yang sangat besar! Pelbagai perkara yang dilakukan oleh gadis kelahiran Kelantan itu mendapat kritikan dan kecaman daripada masyarakat terutama di media media sosial.


Pada tahun lepas, Neelofa dikecam dan dicemuh kerana memakai baju ketat berwarna merah jambu sehingga dia disamakan seperti watak adiwira Power Rangers. Kini, baju beliau sekali lagi dikecam dan dikatakan seperti sotong kurita dan juga toto (tilam)! Neelofa juga dikatakan hanya sebagai perhiasan sahaja dan dilihat tenggelam di dalam kehebatan empat lagi pengacara yang lain.

Saya menulis entri ini bukan kerana saya adalah peminat nombor wahid atau ingin membela Neelofa tetapi saya tidak suka akan sikap negatif masyarakat kita yang dilemparkan kepada Neelofa. Saya tidak tahu dosa apakah yang telah Neelofa lakukan sehingga masyarakat sanggup mencemuhnya sebegitu rupa. Masyarakat juga seakan akan terlupa bahawa Neelofa itu adalah seorang manusia biasa yang sudah pasti tidak akan terlepas daripada membuat khilaf dan dosa.

Masyarakat yang mencemuh dan mengutuk pengacara ini seolah olah mereka itu bersifat terlalu baik dan tidak pernah melakukan kesilapan. Pada saya, apa pun kesalahan yang pernah Neelofa lakukan wajarlah ditegur secara berhemah dan jangan terlalu melampau. Ingatlah, kita juga manusia biasa dan kita juga sering melakukan kesalahan. Tiada manusia yang sempurna.

Saya melihat kecaman dan cemuhan masyarakat terhadap Neelofa terlalu kejam dan melampu. Cuba kita letakkan diri kita atau ahli keluarga kita di tempat Neelofa, adakah kita suka mendengar cemuhan, kritikan, dan kecaman hampir setiap masa? Tepuk dada dan tanya iman kita.

Tidak salah untuk kita menegur kesilapan artis tetapi haruslah berpada pada dan tidak terlalu melampau. Cuba bersederhana dalam membuat kritikan. Jangan sampai teguran itu bersifat menghina atau mengutuk sehingga boleh mencemarkan maruah artis terbabit. Jangan terlalu ghairah atau emosional membuat kritikan semata mata kita berdendam atau tidak suka dengan artis tersebut.

Kesimpulannya, marilah kita bersederhana dalam membuat kritikan ke atas Neelofa. Jangan sampai kritikan kita itu menjaruhkan maruah beliau sebagai seorang manusia. Janganlah kita asyik mencari kesalahan orang dan mencemuhnya hampir setiap masa kerana diri kita sendiri pun banyak melakukan khilaf dan dosa.



9 ulasan:

  1. Mentaliti masyarakat kita yang perlu banyak diubah.. huhu

    BalasPadam
  2. Saya x sempat tengok rancangan ni.
    Tapi, kalau tengok kat gambar ni nampak okey je.
    Alahhh...jeleslah tu.
    Neelofa kan cantik. Adalah yang busuk hati..

    BalasPadam
  3. erm..gitula perangai kebanyakan orang sekarang.kadang benda kecil je pun..

    BalasPadam
  4. Biasalah di Malaysia, cuma tahu komplen saja..

    BalasPadam
  5. Betul kan Haziq, kritikan biar berpada dan seharusnya membina ^-^

    BalasPadam
  6. Kesian Neelofa... Saya pun peminat dia.

    BalasPadam
  7. Alo....
    Besa la tu...
    Name pun manusia....

    BalasPadam
  8. takpelah... tu satu pengalaman untuk neelofa... lama-lama dia faham dan tahulah macam mana nak handle benda-benda macam ni... no pain no gain kan?

    BalasPadam
  9. masyarakat kita ni mmg cenggitu la kan...asal salah jer...maki..kutuk tetap ada...cukup laa kita doakan terbaik utk org tu...sekurang2 nya dapat pahala mndoakan kebaikan org lain

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.