Sumber : Google |
Isu beberapa orang gadis Melayu
bertudung (sudah semestinya Islam) berpeluk dan bercium di atas pentas bersama
dengan artis lelaki Korea cukup memanaskan media media sosial semalam. Masing
masing mengeluarkan pendapat terhadap isu tersebut. Ramai yang mahu memanaskan
isu yang sudah sedia panas itu.
Pada saya, perkara seperti itu memang
tidak sepatutnya berlaku. Kita tidak boleh menyalahkan artis Korea tersebut
sepenuhnya kerana mereka tidak memahami budaya masyarakat kita di sini. Pihak
yang bersalah di sini adalah pihak penganjur yang tidak menerangkan tentang
pantang larang yang perlu mereka patuhi dan juga pihak perempuan itu sendiri
turut bersalah kerana tidak menjaga agama serta kehormatan diri sebagai
perempuan Islam.
Islam agama yang baik. Islam tidak
pernah melarang umatnya untuk berhibur tetapi mesti mengikut hukum hukum yang
telah ditetapkan oleh Allah. Jangan sesekali kita sengaja melanggar hukum hukum
tersebut semata mata untuk berhibur. Inilah akibatnya apabila kita terlalu
taksub dan terlalu seronok sehingga kita terlupa akan diri kita sendiri.
Akibatnya, kita melakukan perbuatan yang mencemar maruah diri.
Jujur saya katakan saya juga peminat
kepada dunia hiburan Korea selepas dunia hiburan Malaysia dan dunia hiburan
Hollywood. Tetapi saya tidak taksub sehingga seluruh kehidupan saya perlu
memperkatakan tentang artis Korea yang saya minati. Saya juga tidak mahu
berhabis duit semata mata kerana mahu menonton konsert mereka. Cukup sekadar
saya meminati dari jauh sahaja.
Ketaksuban terhadap artis atau ahli
politik memang tidak akan membawa kita ke mana. Oleh itu, kita perlu berhati
hati dalam hal ini. Meminati seorang artis itu boleh, tetapi jangan terlalu
taksub sehingga melupakan soal agama dan budaya Melayu yang kita pegang sejak
sekian lama.
Itulah realiti akhir zaman. Kita
lebih suka berdamping dengan artis Korea dari berdamping dengan ulamak.
Akhirnya masyarakat Islam menjadi rosak. Budaya kuning, liberalism, pluralism
dan sebagainya mula meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat kita akibat
ketaksuban terhadap duniawi semata semata.
Kita sebagai orang Islam dan Melayu
perlu menjaga tatasusila kita apabila kita berhibur. Jangan sampai kita
berhibur seperti orang Barat, tanpa batasan dan kekangan.
Saya kecewa dengan sikap sesetengah
orang yang mengecam orang orang yang menegur budak perempuan tersebut di laman
sosial. Mereka mengatakan budak perempuan itu seorang manusia dan sudah pasti
melakukan kesalahan. Mereka juga mengatakan bahawa orang orang yang menegur
budak perempuan itu bukan baik sangat dan bukan juga maksum.
Ya, saya akui hakikat itu tetapi kita
harus ingat, jika mahu tunggu semua orang menjadi baik sebaik malaikat dan baru
kita mahu mencegah kemungkaran maknanya kemungkaran pasti akan bertambah
berleluasa. Tiada manusia yang sempurna. Seorang Islam perlu menegur saudara
seIslamnya supaya tidak jauh tersesat lagi ke lembah yang lebih hina.
Sabda Nabi Muhammad : jika kamu
melihat kemungkaran, cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak mampu, cegahlah
dengan lidah. Jika tidak mampu juga, cegahlah di dalam hati tetapi itu adalah
selemah lemah iman. Saya menyokong orang orang yang menegur sikap budak budak
perempuan tersebut di dalam media sosial kerana kita tidak mahu perkara yang
sama berulang lagi.
Walaubagaimanapun, saya membantah
keras orang orang yang menegur budak budak perempuan itu dengan menggunakan bahasa
yang kesat dan kasar. Islam bukan agama seperti itu. Islam tidak suruh kita
menegur seseorang yang melakukan kesalahan dengan cara yang kesat. Mahu
berdakwah dengan seseorang ada caranya dan bukannya secara melulu dan membabi
buta.
Kesimpulannya, saya berharap agar
perkara karut marut seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.
Perkara semacam itu tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara Islam seperti
Malaysia. Pihak berkuasa agama perlu memantau setiap aktiviti hiburan yang mahu
dilakukan di negara ini. Mungkin hari ini kita mendengar peminat hanya berpeluk
dan bercium dengan artis Korea. Jangan suatu hari nanti kita dengar ada peminat
yang sanggup membuka pakaian pula bersama artis Korea di atas pentas!
saya rasa ayat akhir tu patut di highlight... mungkin ada juga yg dah pernah buat.... bukan di pentas tapi akan sanggup kalau di belakang pentas...
BalasPadamSebenarnye nak tau macamana budak pompuan tu boleh ada kat atas pentas?
BalasPadamZam..zam ala kazam ke?
Tengok jugak short video yg dah viral...
Erghhhhhh...
Astaghfirullahhala'zim..
Beginilah jadinya kalau budak-budak sekarang dah terlalu taksub dengan dunia hiburan.
BalasPadamCuba tasmiq al-Quran surah lazim ada hapai ka?
Kalau lirik lagu..bukan main hapal lagi..
Alahai tak tahu la nak cakap apa benda dah..Kalau kita terlebih cakap kan ada pulak yang kata kita ni jaga tepi kain diaorang..Tapi kalau kita dah nampak yang terang lagi bersuluh kita kena la tegur ..Fah macam ni jadinya kena tegur la biar diaorang reti adab sopan ...Dah la betudung ..Susahnya susahnya nak cakap ..Nak kata apa lagi kalau dah macam ni jadinya..
BalasPadamamin . kerana nila setitik rosak susu sebelanga
BalasPadamMemang mengecewakan apabila lihat gadis melayu di peluk cium oleh artis KPOP tu. Sepatutnya perkara ini dapat dielakkan. Sedih!
BalasPadamKetaksuban terhadap K-Pop nie semakin dahsyat yer... Moga mereka terlibat tu sedar atas kesilapan mereka dan kepada yang ada impian nak buat gitu, mohon sedar segera...
BalasPadamTiada sebarang alasan bagi SP untuk meminati Kpop. Seksinya menaikkan syahwat menonton paha gebu. Wajahnya plastik, suara merdunya tidak pun mengalahkan kehebatan artis-artis kita..
BalasPadamBetul, Islam itu syumul.
BalasPadamHanya penganut agama Islam itu sendiri yang merosakkan imej nya & menjatuhkan martabatnya.