Sumber : Google |
Aku
adalah blogger,
Aku
adalah penulis,
Yang
memerlukan,
Sebesar
kebebasan,
Aku
tidak suka dikongkong,
Dalam
lapangan penulisan.
Kau
bertanya,
Dengan
kasarnya,
Mengapa
aku jadi begitu,
Kerana
aku adalah aku,
Aku
bukan kamu,
Dan kamu
bukan aku.
Sebagai
blogger,
Sebagai
penulis,
Akulah
yang mencorak karya karyaku,
Akulah
yang mencipta penulisanku,
Kau
tidak berhak,
Menyuruh
aku,
Melakukan
itu dan begitu.
Sejak
aku masuk dalam dunia kamu,
Karyaku
menjadi kaku,
Penulisanku
menjadi lesu,
Aku
dipaksa melakukan itu dan begitu,
Kau
melemparkan kritikan,
Terhadap
karya karyaku,
Kau
mengajar aku,
Mengikut
teknologi terbaru,
Tanpa
aku dapat memahami,
Kerana
aku punya had,
Pada
ruang dan waktu.
Aku
dambakan masa depan yang baik,
Tatkala
membaca karya karyamu,
Tatkala
aku masuk ke dunia kamu,
Hanya
kesusahan yang aku terima,
Hanya
desakan yang turut serta,
Mengapa
bisa begitu,
Duhai
sang ratu.
Mengapa
aku tidak bisa menjadi seperti Hany,
Yang
bebas berkarya,
Tanpa
tuntutan tugas,
Tanpa
tuntutan tanggungjawab,
Berkarya
untuk diri sendiri,
Walaupun
dia hanya penulis,
Yang
kita anggap bak kayu mati.
Aku ingin
jadi seperti Hany,
Bebas
berkarya,
Bebas
menjadi kaya,
Tanpa
memikirkan,
Tugas
dan tanggungjawab,
Yang
berat dan dahsyat.
Duniamu
hanya indah di luar,
Hanya
indah di dalam karya,
Tetapi
hakikatnya,
Orang
menangis meratapi duka,
Kerana duniamu,
Tanpa
kebebasan,
Meragut
masa senggang,
Kebebasan
untuk berkarya,
Kebebasan
untuk diri,
Dan
kebebasan untuk hati.
M.N.HAZIQ
Kampung
Baru, Kuala Lumpur
2.31
pagi.
Sorry tanya, siapa Hany?
BalasPadamAda orang x selesa dengan penulisan awak?
Ya, siapa Hany?
Padammenulis hobi untuk kongsikan untuk pelajaran dan satu kenangan jua
BalasPadam