Sumber : Google |
Acapkali kita singgah di blog mereka,
Tekun meninggalkan sekomen dua,
Dengan harapan mereka akan datang semula,
Singgah di blog kita.
Harapan kian tinggal harapan,
Kunjungan yang dinanti tidak juga tiba,
Kita singgah lagi dan lagi di blog mereka,
Tanpa rasa jemu mahupun putus asa,
Sebagai tanda sokongan kita kepada blog mereka,
Sebagai tanda blog mereka ada pembaca,
Namun semuanya hampa,
Mereka hanya memandang sepi pada blog kita.
Kita tidak tahu mengapa,
Kita tidak tahu apa sebabnya,
Mereka tidak suka datang ke blog kita,
Adakah blog kita blog purba,
Atau hanya ulas tentang politik sahaja,
Menyebabkan mereka geli,
Untuk datang singgah walaupun sekali.
Kita tahu kita tidak punya rupa,
Kita sedar blog kita tidak terkemuka,
Follower
kita tidak ramai mana,
Pageview kita
tidak banyak mana,
Tetapi kita tetap punya harga,
Sebagai blogger yang mahu berjaya.
Kita menyimpan mereka,
Kita menjadi follower mereka,
Dengan harapan untuk menjadi sahabat maya,
Kita hulurkan salam persahabatan,
Tetapi mereka balas dengan sengihan.
Kita tidak pernah minta,
Untuk mereka,
Jadi follower kita,
Kita cuma minta,
Mereka baca blog kita,
Mereka komen entri kita,
Namun mereka diam cuma,
Kita cuba
bersangka baik,
Mungkin mereka punya banyak kerja.
Itulah sahabat blogger,
Yang ada dalam simpanan kita,
Kita tidak marah,
Cuma terkilan sahaja,
Dengan sikap mereka,
Yang tidak mahu mengendahkan kita
MNH
Kuala Lumpur,
11.00 malam
Sedihnya luahan hati. InsyaAllah ada yg sudi
BalasPadamsaya dah jadi follower ke #100.. kdg2 kita kene positif, berkunjung tanpa jemu.. in syaa Allah akan dpt balasan kunjungan...
BalasPadamjgn putus asa... cuba dan terus mencuba..
BalasPadamwah.. puitisnya luahan hati. sesuai dengan urlnya sayapejuangbahasa :)
BalasPadamsalam perkenalan
jemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html
Rasa sedih zumal baca nukilan MNH nie... Moga kita dapat sokong satu sama lain kan...
BalasPadamSemoga kila sebagai blogger saling memberi sokongan antara satu sama lain. Mungkin sabar akan membawa bahagia :)
BalasPadamsayu pulak hati yang membaca . xpe mnh , usaha lagi
BalasPadamLuahan hati seorang blogger :D
BalasPadamsayu
:: anmashealthcare.blogspot.com ::
Teruskan usaha tanpa jemu, pasti berbaloi suatu masa nanti. Cuma, kadang-kadang ada blogger yang tiada banyak waktu untuk mengunjungi sahabat blog kerana kesibukan yang berpanjangan..:)
BalasPadamMNH...dont waorry...sy setia berkunjung di blog MNH...kita kawan kann..(^_^)
BalasPadamAda orang x suka komen sikit2..
BalasPadamMereka suka kumpul & datang komen sekaligus.
Saya pun macam tu.
Readers kat blog saya pun mostly macam tu.
So, jangan sedih2 tau.
Chill xD