sumber : Google |
Apa maksud gout?
Gout adalah sejenis penyakit akibat lebihan asid urik
dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein
yang dipanggil purin. Badan kita pula akan membuang bahan kumuhan ini melalui
air kencing (urin). Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang
dan berkumpul di dalam sendi. Untuk pengetahuan anda, penyakit ini hanya
dihidapi oleh kaum lelaki sahaja dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60
tahun. Penyakit ini jarang dihidapi oleh wanita sebelum putus haid.
Biasanya orang yang terkena penyakit ini tidak boleh
makan daging. Sekiranya mereka makan juga, gout pasti akan menyerang pada bila
bila masa sahaja. Mereka sudah pasti tidak boleh makan rendang daging, satay
daging, daging cincang, asam pedas daging, daging masak kicap dan sebagainya.
Rugi bukan? Jadi pada hari ini saya mahu kongsikan pada anda cara untuk
mencegah penyakit ini.
Tanda anda mengidap penyakit gout
Antara tanda anda mengidap penyakit ini adalah ibu
jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan sangat sakit. Penyakit ini boleh
menyerang sendi secara tiba tiba sehingga menjadi sakit walaupun hanya
bergeseran dengan selimut. Selain itu, sakit juga akan berlarutan selama
berhari hari dan boleh juga mencecah berminggu minggu jika tidak dirawat.
Seterusnya, sakit boleh menyerang kembali selepas seminggu atau sebulan
dan boleh menyerang sendi sendi lain seperti
buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Punca punca penyakit gout
Sebenarnya banyak punca penyakit gout ini boleh
terjadi tetapi saya tidak akan menyenaraikannya semua sekali di dalam ruangan
yang terhad ini. Antara punca penyakit gout adalah kurang minum air (kurang
dari dua liter air sehari), gemar makan kekacang (kacang tanah, kacang putih,
kacang bergaram), gemar makan buah buahan jeruk, gemar makan mee segera, gemar
minum minuman tidak berkhasiat (Nescafe, air sunquick dan minuman berperisa),
gemar makan mi kuning, gemar makan roti canai, kerap makan kari, kerap makan
makanan laut (ketam, kerang, udang, sotong) dan sebagainya.
Pencegahan dari penyakit gout
Cara pencegahan termudah adalah jangan sesekali
mengamalkan tabiat makan di atas kerana jika diamalkan, kita akan mudah
mendapat risiko penyakit gout. Selain itu, anda perlu menjaga berat badan,
jangan minum minuman keras, jangan makan daging, makanan laut, dan kekacang
dengan kerap, banyakkan minum air masak dan selalu bersenam.
Cara mencegah penyakit gout dengan Omega Guard
Selain dari cara di atas, mengambil makanan tambahan
dan vitamin juga adalah salah satu cara untuk kita mencegah gout dari menyerang
kita. Omega Guard adalah salah satu produk Shaklee yang mampu untuk mencegah
penyakit yang menyeksakan ini. Omega Guard dihasilkan dengan menggunakan minyak
ikan tulin yang mengandungi Omega 3 yang mampu mencegah ramai kaum lelaki dari
terkena penyakit gout ini. Oleh itu, jika ada saudara mara atau ahli keluarga
anda yang mengidap penyakit ini, saya sarankan kepada anda untuk mencuba produk
Omega Guard ini.
Jika anda berminat dengan produk ini, anda boleh
menghubungi saya melalui :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram/wechat: 012 9772806
PM FB : MNH Sastera Melayu
Pengedar
Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia
Omega Guard Shaklee ni sememangnya membantu mengurangkan keradangan
BalasPadam:: anmashealthcare.blogspot.com ::
ohh..ngeri gak rupanya penyakit gout ni rupanya ye..
BalasPadamOwh penyakit gout pun boleh diubati dengan Omega Guard yer...
BalasPadampenyakit gout ni boleh menyerang sesape je.. kalau tak kontrol pemakanan tambah2 seafood..kurang bersenam juga salah satu puncanya..
BalasPadamso, carilah vitamin yang sesuai misalnya omega guard ataupun vivix shaklee..
SELENIUM BOLEH MEMBANTU MENGELAKKAN LELAKI MANDUL
Produk Shaklee ni boleh menyembuhkan 100% gout ke?
BalasPadamsemoga tips ni memberi manfaat kepada semua
BalasPadam