Sumber : Google |
Kanser payudara adalah antara penyakit yang banyak
membunuh wanita bukan sahaja di Malaysia
malah di serata dunia. Penyakit ini tidak mengenal rupa dan usia serta boleh
terkena kepada sesiapa sahaja. Bukan hanya wanita, lelaki juga boleh terkena
penyakit yang merbahaya ini.
Apa itu kanser payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara
bertukar struktur dan merebak. Penyakit ini menjangkiti tisu dan bahagian lain
yang berdekatan dengan kelenjar, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa.
Kebiasaanya, tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Untuk pengetahuan
anda, kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi
biasanya penyakit ini bermula di dalam kalenjar.
Tanda tanda anda terkena kanser payudara
Antara tanda anda terkena kanser payudara adalah terdapat
ketumbuhan di payudara atau ketiak, payudara akan bertukar menjadi tebal (saiz
bertambah daripada biasa), puting terpusing ke dalam, puting menjadi merah,
terdapat sisik pada puting, kerap demam, sering berasa seram sejuk, berlaku
kesakitan pada tulang dan sendi, serta mengalami sakit kuning. Jika anda
mengalami tanda tanda ini, silalah berjumpa dengan doktor dengan segera untuk
mendapatkan rawatan lanjut.
Cara mencegah kanser payudara
Menurut pembacaan saya, antara cara untuk mencegah
kanser payudara adalah jangan sesekali minum minuman beralkohol. Banyak kajian
menunjukkan wanita yang kerap mengambil alkohol mudah untuk mendapat penyakit
merbahaya ini. Selain itu, jangan sesekali merokok. Banyak kesan buruk yang
datang jika anda merokok antaranya boleh terkena kanser payudara, kanser paru
paru, penyakit jantung dan sebagainya.
Seterusnya, anda perlu melakukan senaman dengan lebih
kerap. Kajian menunjukkan senaman mampu mencegah daripada terkena pelbagai
kanser antaranya kanser payudara. Cukup sekadar anda berjalan dua jam setengah
seminggu untuk melakukan senaman tersebut. Selanjutnya, anda perlu
mengenalpasti jika terdapat ahli keluarga anda yang pernah mengidap kanser
payudara sebelum ini. Perlu diingatkan, jika anda pembawa salah satu daripada
baka kanser payudara ini, risiko untuk anda mendapat penyakit ini adalah 85%!
Kelima, jangan sesekali mengamalkan terapi
penggantian hormon (HRT). Kajian menunjukkan wanita yang gemar mengambil
terapi ini berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini. Keenam, lakukan
pemeriksaan ke atas payudara anda setiap bulan. Pemeriksaan kerap amat diperlukan
untuk mengesan tanda tanda awal jika anda terkena penyakit ini.
Ketujuh, sentiasa mengamalkan makanan yang sihat.
Ambil makanan yang mempunyai kadar lemak yang rendah. Ingat, semakin tinggi
lemak dalam badan anda, semakin tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit ini.
Kelapan, jalani dengan kerap ujian mammogram. Ujian mammogram ini sangat bagus
sebenarnya untuk mengesan ketulan yang lebih kecil dan sel kanser yang tidak
dapat dirasa dengan tangan.
Kesembilan, jika boleh berkahwin awal dengan pasangan
anda. Menurut kajian, perempuan yang melahirkan anak di usia muda mempunyai
risiko yang rendah untuk mendapat kanser payudara. Dan yang terakhir adalah
sentiasa mengamalkan penyusuan badan. Kajian mendapati tempoh tahap haid
sewaktu mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser
payudara.
Cara mencegah kanser payudara dengan Omega Guard Shaklee
Sebagai seorang pengedar sah Shaklee, saya sarankan
anda supaya mengambil produk Omega Guard hasil ciptaan sainstis sainstis Shaklee
yang mampu untuk mencegah ramai wanita dari mendapat kanser payudara ini. Omega
Guard terdiri daripada Omega 3 yang dipercayai mampu untuk mencegah sel sel
kanser payudara daripada merebak. Omega Guard dibuat daripada minyak ikan tulen
yang diambil dari ikan ikan laut dalam seperti ikan herring, ikan mackerel,
ikan sardin, dan sebagainya.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini, anda
boleh menghubungi saya melalui :
Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/telegram : 012 9772806
PM FB : MNH Sastera Melayu
Pengedar
Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang
sahaja) dan seluruh Malaysia.
Kanser yang amat menakutkan yer...
BalasPadamSememangnya ada kajian menunjukkan bahawa Omega -3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara,prostat, dan kolon.
BalasPadam:: anmashealthcare.blogspot.com ::
Kanser utama para wanita.. musuh num 1 ni.. anda juga boleh mencuba vivix shaklee sebab shaklee boleh membantu mengawal sel-sel abnornal..
BalasPadamSIAPA YANG PERLU BERTINDAK DAHULU DI DALAM SOAL JODOH
okeh.
BalasPadamini memang ngeri sekali..
Baguslah kalau sudah ada pencegah kanser berbahaya ni..
BalasPadam