Sumber : Google |
Sebagai seorang pemerhati politik sejak tahun 2008, saya melihat kuasa
politik Melayu semakin lama semakin terancam. Tidak mustahil satu satunya
‘harta’ yang ada pada orang Melayu ini akan hilang suatu hari nanti sekiranya
orang Melayu tidak berhati hati, tidak mahu ambil peduli, tidak mahu mengambil
tahu peringatan yang diberikan oleh pejuang bangsa, jijik untuk membaca rencana
rencana politik yang ditulis, sanggup jual bangsa dan agama demi kuasa serta mengambil sikap hanya
berpeluk tubuh sahaja. Juga sekadar memerhati dan tidak mahu berbuat apa apa.
Sikap
sikap beginilah sebenarnya yang akan menghancurkan bangsa Melayu itu sendiri
sama ada mereka sedar atau pun tidak. Oleh sebab itulah, saya selalu menulis di
blog ini tanpa rasa jemu dan bosan walaupun saya tahu ramai blogger di luar sana jijik dan geli mahu
membaca rencana rencana politik yang saya tulis dalam blog ini. Saya menulis
bukan kerana saya mahu meraih populariti di dalam dunia blog tetapi kerana saya
amat sayangkan bangsa saya.
Ingatlah, orang Melayu masih mampu hidup dengan baik di dunia ini oleh
kerana adanya kuasa politik. Jangan sesekali kita memandang rendah pada kuasa
politik Melayu. Jangan juga sesekali kita tidak mengendahkan kuasa politik ini.
Itu adalah satu sikap yang sangat merbahaya sebenarnya. Kuasa politik adalah
satu satunya ‘harta’ yang ada pada orang Melayu yang sepatutnya kita jaga agar
tidak hilang. Jika hilang, tidak mustahil nasib Melayu di Malaysia akan bertukar seperti
nasib Melayu di Singapura. Mahukah kita menjadi seperti itu? Tepuk dada dan
tanya iman kita.
Beritahu saya apa yang orang Melayu kuasai di Malaysia ini? Ekonomi? Bukankah
bangsa lain yang kuasai ekonomi negara. Sebut pada saya apa kekuatan orang
Melayu sekarang? Orang Melayu hanya kuat dalam bidang hiburan, kuat sebagai
penagih dadah, buang anak, kena tangkap khalwat, dan banyak lagi masalah
sosial. Di mana kekuatan orang Melayu itu? Bagimana mahu tolong bangsa jika
anak bangsa sendiri yang jahanamkan bangsa?
Oleh
itu, kekuatan orang Melayu hanya pada Islam dan kuasa politik. Itu sahaja!
Orang Melayu perlu menjaga agama suci Allah ini dengan baik. Jangan sesekali
biarkan pihak pihak tertentu merosakkan agama Allah ini dengan cara menyuntik
aliran pemikiran baru seperti pluralisme, liberalisme, syiah dan sebagainya.
Orang Melayu perlu menguasai segenap ilmu agama supaya dapat membentengi diri
kita dari terjerumus ke dalam aliran pemikiran yang sesat campur songsang itu.
Orang
Melayu juga perlu bersatu pada di bawah panji panji Islam itu sendiri. Orang
Melayu tidak boleh bersengketa sekiranya mahu selamat. Tegas pepatah Melayu :
bersatu teguh, bercerai roboh! Orang Melayu perlu lupakan ideologi politik jika
mahu bersatu padu. Tidak kira mereka PAS, PKR, UMNO dan sebagainya, Orang
Melayu mesti bersatu di bawah Islam. Kita tidak boleh lagi berkompromi dalam
soal ini.
Hanya
Islam dan Allah sahaja yang mampu selamatkan kuasa politik orang Melayu. Ingat,
kita jaga agama Allah, Allah pasti akan jaga kita. Oleh itu, marilah sama sama
kita bersatu padu di bawah Islam. Jika kita berpecah belah, bukan sahaja kuasa
politik Melayu bakal hilang, agama Islam itu sendri akan rosak. Tidak percaya? Cuba lihat berapa ramai pemimpin kita yang cuba
merosakkan Islam dengan cara menyokong pesta arak, LGBT, penggunaan Bible
Bahasa Melayu dan penggunaan nama Allah dalam Bible semata mata kerana mahu
mendapat sokongan politik? Bukankah itu akan merosakkan Islam?
Selain itu, penyokong penyokong parti politik juga perlu memilih
pemimpin yang benar benar sebagai pemimpin yang berjiwa Islam, bersemangat
Melayu dan berwajah Malaysia.
Pemimpin itu juga mesti bijak, dinamis, berjiwa rakyat, bekerja kuat serta
sanggup berkorban demi agama, bangsa dan tanah air. Jangan sesekali mengangkat
pemimpin yang banyak rasuah, tidak berjiwa Islam, tidak berjiwa rakyat,
sombong, mementingkan wang, mementingkan kuasa dan kerja sambil lewa. Pemimpin
pemimpin seperti ini yang akan merosakkan agama, bangsa dan negara kita.
Pemimpin sebegini perlu ditolak serta merta baik di dalam UMNO mahupun di dalam
PAS.
Parti
parti politik perlu berubah serta merta. Jangan lagi lakukan kerja yang karut
marut semata mata kerana kuasa politik dan survival politik sendiri. Jika parti
politik seperti UMNO dan PAS tidak berubah, nescaya akan hancurlah agama,
bangsa dan negara tercinta ini.
Namun,
saya yakin perubahan di dalam kedua parti politik Melayu ini bukan mudah.
Masing masing mempunyai agenda mereka tersendiri dalam menyertai politik itu
sendiri. Oleh itu, perubahan di dalam parti politik itu serasa saya tidak mudah
untuk berlaku di dalam masa terdekat walaupun perubahan itu sangat dituntut
memandangkan orang Melayu sekarang sedang berada di pergentingan.
Tiada
cara lain lagi untuk selamatkan kuasa politik Melayu ini dari hilang melainkan
NGO NGO Islam dan Melayu bergabung di bawah satu parti politik dan bertanding
di dalam pilihanraya. NGO NGO seperti ISMA, PERKASA, JATI, dan banyak lagi
perlu bersatu untuk selamatkan negara ini dengan cara bertanding di dalam
pilihanraya. Sekarang ini ramai umat Melayu hanya mengharapkan NGO NGO sahaja
untuk membantu mereka. Mereka tidak lagi bergantung kepada UMNO dan PAS kerana
kedua dua parti politik ini sudah jauh menyimpang dari landasan perjuangan yang
sebenar.
Tetapi,
saya yakin mereka pasti akan menghadapi pelbagai kekangan seperti dana, calon,
promosi, pengaruh dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kekangan itu perlu segera
di atasi jika mahu kuasa politik Melayu kekal bertahan. Jika tidak, jangan
menangis tidak berlagu jika kuasa politik Melayu ini hilang suatu hari nanti.
Kesimpulannya, tidak ada cara lain lagi bagi menyelamatkan kuasa politik
Melayu melainkan orang Melayu perlu menanam ilmu dan iman di dalam diri,
bersatu padu di bawah panji panji Islam dan memilih pemimpin pemimpin yang
terbaik untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air ini. Perkara ini perlu
disegerakan jika tidak mahu kuasa politik Melayu ini hilang. Ingat, orang Melayu
sekarang berada di pergentingan. Tidak mustahil jika kita lambat bertindak,
nasib kita akan sama dengan nasib Melayu Singapura. Mahukah kita jadi seperti
itu? Tepuk dada dan tanya iman kita….
Bangga dengan kepimpinan Tun.
BalasPadamRasanya x jumpa lagi yang seumpamanya.