Isnin, 3 November 2014

RAMLI M.S : ANTARA PERIKEMANUSIAAN DAN KEBIJAKSANAAN

Datuk Ramli M.S
     
        Ahad lepas saya menonton konsert Akademi Fantasia separuh akhir di Astro. Sejujurnya saya tidak menonton konsert itu dari awal memandangkan bapa saya agak prejudis dengan konsert konsert sebegitu tetapi entah mengapa tiba tiba pada malam itu dia ‘berselera’ untuk menonton konsert tersebut. Alang alang dia sudah buka, saya pun turut sama menonton.

        Tahu mengapa bapa saya tidak suka dengan konsert tersebut? Bukan kerana pelajar pelajarnya tidak bagus tetapi bapa saya tidak suka dengan pengkritiknya iaitu Datuk Ramli M.S yang baru baru ini ditangkap khalwat bersama penyanyi Alyah yang rupa rupanya adalah isteri dia. Ya, bukan sahaja bapa, saya turut tidak berkenan dengan cara orang tua berselera muda ini menyampaikan kritikan.

         Bukan sahaja jelas terbit rasa riak di dalam setiap krtitikannya, tetapi juga jelas menunjukkan yang dia mengkritik dengan tidak professional, tidak bijaksana, tanpa perikemanusiaan dan tanpa intelektual. Saya tidak tahu mengapa orang yang lama dalam industri muzik itu boleh menyampaikan kritikan yang langsung tidak menampakkan yang dia seorang yang bijaksana dalam kritikannya?


        Kita mesti faham, kebanyakkan pelajar tersebut adalah pelajar yang bermaksud orang yang masih belajar. Mereka baru sahaja terdedah kepada keindahan seni muzik dan mereka baru sahaja belajar tentang muzik, maka sudah pastilah mereka melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang belajar tidak buat silap. Kritikan yang dilontarkan oleh Datuk Ramli jelas menunjukkan yang beliau bukan sahaja tidak faham tentang diri pelajar tersebut tetapi juga tidak bijaksana.

          Lebih menyedihkan apabila beliau mengatakan bahawa Aman tidak layak untuk menjadi seorang penyanyi. Siapa dia untuk berkata seperti itu? Ingat, belakang parang jika diasah lagikan tajam inikan pula manusia. Jika bakat Aman digilap lagi, saya yakin dia pasti boleh menjadi seorang penyanyi yang baik. Sebab itu saya kata yang Datuk Ramli ini tidak bijak kerana kritikannya jelas tidak melambangkan kebijaksanaannya sebagai pengkritik.

         Saya membela Aman di dalam entri ini bukan kerana saya menyokong atau mengundi Aman. Tidak sama sekali! Saya tidak akan bazirkan prepaid saya hanya untuk perkara yang remeh temeh seperti itu tetapi saya menyampaikan teguran ini sebagai seorang penonton yang mahukan kualiti sebuah rancangan yang menarik. Jika ada manusia manusia seperti Datuk Ramli M.S ini sebagai pengkritik, selera saya untuk menonton rancangan yang menarik seperti itu pun boleh mati!

         Saya melontarkan cabaran kepada Datuk Ramli. Jika beliau berasa diri beliau terlalu bagus, apa kata jika beliau membuat satu persembahan dengan menyanyikan sebuah lagu? Kita mahu lihat adakah beliau lebih bagus dari Aman atau lebih teruk dari itu?

         Beliau bukan seorang penyanyi. Beliau adalah seorang ahli muzik yang bekerja di belakang tabir sahaja. Lebih lebih lagi beliau tidak pernah membuat walaupun satu persembahan! Bagaimana beliau boleh melontarkan kritikan tanpa perikemanusiaan seperti itu? Aman masih lagi belajar dan sudah pasti dia melakukan kesilapan. Oleh itu, pada hemat saya kritikan seumpama itu tidak pantas dilontarkan bukan sahaja kepada Aman tetapi juga kepada semua pelajar.

        Bukan hanya dalam Akademi Fantasia, di dalam Kilauan Emas pun orang tua bernafsu muda ini sudah buat perangai yang karut marut untuk mendapatkan publisiti murahan! Saya rasa sudah sampai masanya pihak Astro memilih pengkritik yang benar benar berwibawa untuk membuat kritikan terhadap persembahan seseorang. Jangan lagi menjemput orang tua bernafsu muda itu menjadi pengkritik kerana kebanyakkan kritikannya adalah umpama tin kosong, mudah emosional, dan tidak professional.

         Datuk Siti Nurhaliza, Allahyarhamah Sharifah Aini, Hetty Koes Endang adalah antara penyanyi penyanyi besar yang pernah duduk di kerusi pengkritik tetapi tidaklah seteruk Datuk Ramli ini. Mereka lebih popular dari Datuk Ramli tetapi ego mereka tidaklah sebesar beliau. Mereka mampu memberikan kritikan yang membina kepada para pelajar dan bukannya kritikan yang menjatuhkan seperti yang Datuk Ramli M.S lakukan.
             Oleh itu, saya nasihatkan kepada Astro supaya memanggil pengkritik yang benar benar berwibawa sahaja untuk membuat kritikan dan bukannya pengkritik terbawa bawa seperti Datuk Ramli M.S itu : orang tua bernafsu muda!


5 ulasan:

  1. Selalu kritikan yang menyakitkan hati jew. Kalau kritikan yang membina ok gak ;)

    BalasPadam
  2. lebih rela tengok kritikan dalam program ornag putih walaupun mereka kritik agak keras tapi dalam masa sama mereka hargai setiap persertanya dan siap boleh buat joke lagi..

    BalasPadam
  3. Jarang tengok program tv ni..
    Kalau tengok pun yang berunsur lawak:)

    BalasPadam
  4. Malangnya orang melayu tidak mampu menerima kritikan pedas yang membina. Tiada bakat maksudnya TIADA BAKAT! Sebab tulah filem dan muzik kita terus ditakuk lama dan tidak mampu berkembang keluar..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.