Isnin, 13 Oktober 2014

CARA MUDAH MENCERAHKAN KULIT MUKA



Semua orang suka akan kulit muka yang cerah dan putih bukan? Saya pun suka. Mana tidaknya, ramai orang kata, lelaki atau perempuan yang mempunyai kulit muka yang cerah ini kebanyakkannya kacak dan cantik. Setakat mana persepsi itu betul, sukar untuk dipastikan namun saya yakin, jika ditanya kepada sesiapa pun, sudah  pasti mahu kulit muka mereka putih seperti kapas!

Di sini saya kongsikan beberapa petua atau pun cara bagaimana mahu mencerahkan dan memutihkan kulit. Insha Allah, jika diamalkan selalu mungkin boleh membantu mencerahkan kulit wajah kita.

Petua yang pertama adalah menggunakan beras. Ambil dua sudu beras dan kisar sehingga halus. Kemudian campurkan dengan satu sudu madu lebah dan teh pekat. Ketiga tiga campuran bahan tadi hendaklah digaul sehingga sebati dan sapukan pada kulit muka. Apabila sudah kering, bilas dengan air yang bersih.

 Petua kedua adalah menggunakan telur ayam. Pukul sebiji telur ayam dengan setengah cawan minyak masak dan satu sudu madu lebah. Kacau sehingga sebati dan simpa di dalam peti sejuk selama satu jam. Kemudian sapu pada kulit muka sehingga kering. Apabila sudah kering, bilas dengan air yang bersih.   

Itulah cara cara tradisional yang diamalkan oleh nenek nenek kita suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun, selain daripada cara di atas, anda juga boleh mencerahkan kulit muka dengan cara mengambil vitamin dan makanan tambahan. Shaklee ada mencipta satu produk untuk tujuan itu iaitu Vita – C Complex Sustained Released.

Produk ini dicipta berdasarkan buah oren di mana 1 tablet Vita – C Sustained Released  ini bersamaan dengan tujuh biji oren. Semua orang tahu bukan yang buah oren mempunyai banyak khasiat yang boleh dibekalkan kepada kita antaranya adalah Vitamin C. Vitamin C adalah salah satu vitamin yang bagus untuk mencerah, mencantik dan memutihkan kulit. Oleh sebab itulah Shaklee mencipta Vita – C Sustained Released ini berasaskan Vitamin C.

bagaimana untuk mendapatkan wajah yang cantik dan cerah
Vita - C Sustained Released



 Oleh itu, jika anda mahu mendapatkan wajah yang cerah, cantik, gebu dan putih, anda boleh cuba untuk mendapatkan produk ini dengan saya.

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
SMS/Telegram/WhatApp : 012 9772806
COD : Kampung Baru Kuala Lumpur dan Bangi (Section 14 Teras Jernang sahaja)



















2 ulasan:

  1. Zumal pun nak cari Vitamin C gak... Almaklum la asyik tak sihat jer.

    BalasPadam
  2. mommy irra pon SID shaklee gak..heee

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.