Ahad, 19 Oktober 2014

CARA MENCEGAH RAMBUT BERUBAN

Istilah rambut beruban biasanya dikaitkan dengan orang yang sudah berusia tetapi sejak belakangan ini sudah ramai orang yang berusia awal 20an sudah pun mempunyai uban di rambutnya. Pelik bukan? Sudah tentu anda tertanya tanya mengapa perkara itu boleh berlaku? Apa punca puncanya? Bagaimana cara mahu mengatasinya? Jangan risau kerana saya  ada petua bagaimana untuk mengatasi masalah itu. Tidak percaya pada petua? Baca dahulu kata kata ayah saya :


Tua tua ilmu,
Tua lagi petua,
Tajam tajam parang,
Tajam lagi petua,
Kebal kebal orang,
Kalah dengan petua.


Oleh itu jangan sesekali memandang rendah pada petua terutama pada petua petua tradisional nenek moyang kita dahulu. 

Punca punca rambut beruban

Antara punca rambut beruban adalah apabila anda menghadapi tekanan yang tinggi (stress). Stress berlaku kerana anda dibebani dengan satu perkara yang di berada di luar kemampuan anda seperti kerja yang terlalu banyak atau dimarahi oleh orang lain. Selain itu, faktor genetik juga boleh menyebabkan rambut anda mudah beruban. Jika keturunan anda sememangnya jenis yang mudah beruban pada usia muda, anda juga mungkin akan menghadapi perkara yang sama. 

Pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan rambut anda beruban. Jika anda kekurangan vitamin B12 anda mungkin akan menghadapi masalah ini. Oleh itu, saya nasihatkan anda supaya mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti ikan sardin, daging lembu, daging kambing, keju dan susu. 

Jika anda seorang perokok, risiko anda untuk mendapat masalah ini amat tinggi. Bahan bahan yang  terkandung dalam rokok itu kebanyakkannya racun yang bukan sahaja boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan anda tetapi juga kepada kesihatan rambut anda. Jadi, berhentilah merokok dengan segera. 


 Cara mencegah rambut beruban

Antara cara yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut beruban adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat seperti sayur sayuran dan buah buahan. Anda juga boleh menggunakan inai dengan cara menyapu inai satu jam sebelum mandi. Inai sangat bagus untuk menguatkan rambut, menghalang rambut beruban, rambut nipis dan hujung rambut bercabang.

Selain itu, orang India juga mempunyai petua bagaimana untuk mencegah rambut beruban antaranya dengan cara menyapukan campuran minyak kelapa atau minyak badam bersama jus lemon di rambut anda. Selanjutnya, anda juga boleh menggunakan aloe vera atau lidah buaya untuk mengatasi masalah ini dengan cara menggosok rambut dengan aloe vera dan santan kelapa. Petua ini bukan sahaja boleh mencegah rambut beruban, malahan juga boleh menghilangkan kelemumur.

Shaklee mampu menyelesaikan masalah rambut beruban

Sebagai seorang pengedar Shaklee, saya sarankan anda supaya mengambil produk Vivix Liquid Dietary Supplement untuk mengatasi masalah ini. Di dalam produk ini terdapat pelbagai bahan yang berkhasiat untuk membantu anda mencegah rambut anda dari beruban. Produk ini sebenarnya diekstrak daripada Elderberry  yang bukan sahaja kaya dengan antioksidan, tetapi juga vitamin A, B12 dan C yang mampu untuk mengurangkan masalah rambut beruban anda. Oleh itu, kepada mana mana orang muda yang sudah mempunyai uban di rambutnya, saya sarankan anda mengambil produk ini.


cara mencegah rambut beruban
Vivix Liquid Dietary Supplement

  Jika anda mahu mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
sms/telegram/whatsapp : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi Seksyen 14, Terang Jernang sahaja dan seluruh Malaysia.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.