Hari ni saya nak sahut cabaran yang dibuat oleh blogger Suria Lekat Lekit di blognya. Bukan cabaran macam panjat gunung Everest ke atau cabaran ice bucket challenge ke tapi cabaran jawab soalan yang dia kemukakan. Cabaran ini sebenarnya dari Liebster Award tapi blogger tak buat macam biasa maksudnya dia tak tag sesiapa untuk buat cabaran ni. Siapa yang baca blog dia, pasti akan jumpa cabaran ni. Kalau nasib baik dapatlah top up RM10 dari dia. Bukan senang tau nak dapat RM10 dari mana mana orang. Duduk tepi jalan pun belum tentu dapat RM10. Betul tak?
Jadi, sebagai salah seorang yang suka baca blog dia, saya pun ambil keputusan untuk jawab soalan soalan yang dia kemukakan. Sebenarnya ada entri lain yang saya nak tulis, tapi takpelah. Saya simpan dulu entri tu. Saya jawab dulu soalan soalan yang dibuat oleh blogger ni.
Soalan soalannya adalah :
1. Kat mana korang jumpa blog melekat lekit?
Jawapan : Saya jumpa blog ni kat Kelab Blogger Ben Ashaari di Facebook. Dia selalu komen kat status status yang ditulis oleh Abang Ben Ashaari. Bila saya dapat tahu dia suka ulas isu isu semasa macam saya, saya terus minta url blog dia. Sejak tu saya selalu datang blog dia sebab dia pun kadang kadang singgah blog saya. Hihihi.
2. Apa yang korang tak suka tentang blog melekat lekit?
Jawapan : Entah! Tak ada pun yang saya tak suka. Okey je blog tu. Ini bukan bodek sebab nak dapat RM10 tau. Ini ikhlas dari lubuk hati saya yang paling dalam. Cewahhh.
3. Secara ringkas tentang diri korang dalam sebaris ayat dengan hanya satu noktah?
Jawapan : Bercita cita nak jadi blogger dan penulis sepenuh masa suatu hari nanti.
Yaayy! Dah habis pun. Tiga soalan je yang dia minta dan senang senang pula tu. Kalau sesiapa yang sertai, boleh la ke blog dia. Hihihi.
Lihat juga : Nak tengok tak apa perangai pelik Izzue Islam? KLIK SINI
Terima kasih sebab sudi menjawab soalan liebster award dari saya.
BalasPadam