Isnin, 29 September 2014

MENGAPA KAMU SERING MENYUSAHKAN?


mnh sastera melayu
Sumber : Google



Di kala ketenangan mencuit suasana,
Kamu datang membawa derita,
Kamu datang membawa bencana,
Di dalam sebuah keluarga,
Yang bahagia.

Mengapa kamu sering menyusahkan?
Di saat kemudahan datang padamu,
Tetapi kamu,
Tidak mahu bersyukur,
Kamu menolak kesenangan itu,
Menyebabkan kesenangan itu lari,
Meninggalkanmu,
Satu demi satu.

Kerana keangkuhanmu,
Akhirnya kemudahan itu pergi,
Kamu datang kepada kami,
Lalu menghancurkan ketenangan itu,
Dengan kekotoran dirimu,
Dengan ketidaksopananmu,
Dengan sikap sambil lewamu,
Dengan perangai tangkap muatmu.
Kerana dirimu kami menderita,
Kerana sikapmu kami sengsara,
Kerana ketidaksopananmu,
Kami menjadi mangsa,
Mangsa penghormatan ke atas dirimu.

Wahai manusia yang menyusahkan,
Kembalilah ke tempat asalmu,

Berhentilah dari menyusahkan kami,
Kerana kami tidak rela,
Menerima kehadiranmu,
Di dalam hidup kami,
Hingga akhir nanti.



          
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.