Diambil dari Google |
Blogger yang sombong,
Di sebalik ketampanan wajahmu,
Di sebalik kesasaan tubuhmu,
Terselit noda noda hitam,
Akibat kesombongan dan keangkuhanmu.
Blogger yang sombong,
Namamu kerap menjadi sebutan,
Blogmu kerap menjadi ikutan,
Disenarai dalam bloglist blogger picisan,
Namun dirimu tidak pernah bersyukur,
Atas nikmat kurniaan Tuhan.
Blogger yang sombong,
Luaranmu tidak begitu,
Dalamanmu sahaja seperti itu,
Keangkuhan yang terselah,
Di sebalik kata katamu,
Di dalam aksara aksara penulisanmu,
Dan di ruang entri blogmu.
Ingatlah,
Wahai blogger yang sombong,
Tidak selamanya kau akan berada di atas,
Kelak kau juga akan berada di bawah,
Kerana sifat kesombonganmu,
Kerana diketahui oleh ramai blogawan,
Yang kian berkembang,
Bak cendawan selepas hujan.
Moga akak tak tergolong dalam gelaran blogger sombong.. kemahsyuran kadang2 merosakkan sebab kemahsyuran kadang2 buat seseorang itu rasa dia sentiasa betul dalam tindakkannya bila apa saja dia kata, apa saja dia buat banyak yang menyokong walau mereka kadang2 tak setuju tapi demi mendapat kepentingan di sisi orang yang mahsyur rela jadi dungu. Itulah dugaan terbesar bila menjadi seseorang yg di kenali
BalasPadamerkk.. apakah puisi ni untuk someone. saya ingat sekadar nukilan jer... komen berdasarkan pandangan peribadi bukan di bayangi sesiapa.
PadamBetul tu. Saya setuju dengan hujah hujah kak Suria.
PadamSaya sebenarnya beri nasihat kat semua blogger supaya dah terkenal nanti jangan jadi sombong. Tapi kak Suria jangan risau, Kak Suria bukan blogger yang sombong. hehehe
Padamtu la. teringin gak nak tahu siapa blogger sombong tu..
BalasPadamAlahai siapa la yang sombong tu? Zumal tak yer ^_^
BalasPadamZumal tak la. Zumal mana ada sombong. hihi
PadamAlhamdulillah zumal tak sombong ^_^
PadamMaksud saya blogger yang sombong tu adalah cara dia menulis kat blog dia menampakkan kesombongannya. Kat luar orang takkan nampak dia sombong tapi bila baca entri dia kita boleh nampak kesombongannya di situ.
BalasPadamish ish ish...harap-harapnya saya taklah tergolong dalam golongan blogger yang sombong...
BalasPadamsy menulis blog pun sekadar hobi, sekarang pun dah jarang2 bukak blog sendiri, nak blog walking lagilah jarang2... takut jugak digelar sombong pula... :/
wahh siapa blogger sombong tu yer
BalasPadam