Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak |
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak mahu memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikan dengan Akta Harmoni
adalah satu tindakan yang tidak bijak sebenarnya. Ini kerana akta tersebut
bertujuan untuk melindungi negara ini daripada sebarang ancaman yang boleh menggugat
ketenteraman negara agar peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang lagi pada masa
akan datang.
Akta itu digubal oleh ayahanda beliau
sendiri iaitu Tun Abdul Razak Hussein bertujuan untuk melindungi empat perkara
sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan istimewa orang Melayu
dan Bumiputera, bahasa kebangsaan, kewarganegaraan dan kuasa Raja raja Melayu.
Mana mana individu yang cuba
mengganggu gugat mana mana perkara sensitif tersebut boleh didakwa di bawah
Akta Hasutan 1948.
Akta itu tidak sepatutnya dimansuhkan
sebaliknya perlu dipinda iaitu dengan memasukkan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia
(Islam sebagai agama Persekutuan) ke dalam syeksyen 3(1)(f) Akta Hasutan
bersama sama Perkara 152, 153, 181 dan Bahagian III.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa akta
ini sangat berguna dalam menjaga keempat perkara sensitif tersebut namun akibat
ketakutan Najib terhadap suara pembangkang menyebabkan beliau bersetuju untuk
memansuhkan akta tersebut. Sebelum ini Najib telah mengambil tindakan yang juga
tidak wajar iaitu dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
sehingga menyebabkan golongan golongan ultrakiasu ini begitu berani menghina
Islam, bangsa Melayu dan Raja Raja Melayu tanpa rasa takut dan gentar.
Tidakkah Najib sedar bahawa tindakan
beliau memansuhkan ISA itu adalah satu tindakan yang tidak wajar? Akibat
ketiadaan akta itu, Islam, Melayu dan Raja Raja Melayu semakin dipijak pijak
oleh golongan ultrakiasu ini. Sudah banyak kes yang boleh dirujuk sebagai bukti
namun perkara yang sama masih berulang kerana mereka sudah tidak takut lagi
berbuat demikian memandangkan ISA sudah dimansuhkan.
Sesebuah negara yang merdeka lebih
lebih lagi yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia perlu mempunyai akta
seperti ini. Singapura dan Amerika Syarikat juga tidak menghapuskan akta
seperti ini tetapi mengapa kita sengaja mencari penyakit dengan menghapuskan
satu akta yang mampu menjaga negara dari porak peranda? Sekarang Najib mahu
memansuhkan Akta Hasutan, tidakkah Najib sedar bahawa tindakkannya itu boleh
menyebabkan negara ini hancur dan musnah?
Saya tahu Najib melakukan seperti itu
kerana beliau takut kuasa politiknya akan hilang memandangkan pembangkang akan
memainkan isu ini untuk menarik pengundi dalam pilihanraya. Soalan saya ialah
Najib mahu pilih yang mana? Mahu hilang kuasa politik atau mahu melihat negara
ini jahanam? Najib perlu sedar pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim itu akan
melakukan apa sahaja untuk menarik pengundi termasuk membuat pelbagai fitnah
dan penipuan untuk meraih undi. Adakah Najib fikir dengan menghapuskan kedua
dua akta yang penting ini akan menyebabkan Barisan Nasional akan menang besar
dalam pilihanraya akan datang?
Najib perlu ingat bahawa apa sahaja
yang beliau lakukan tidak akan mengembalikan sokongan ultrakiasu kepada beliau
dan Barisan Nasional. Mereka akan tetap bersama pembangkang kerana mereka
percaya hanya pembangkang sahaja yang boleh merealisasikan cita cita mereka
untuk menghancurkan Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini. Najib jangan sesekali
bermimpi di siang hari untuk meraih sokongan mereka lagi pada masa akan datang
kerana perkara itu tidak mungkin akan terjadi!
Jika Najib tidak menghapuskan akta akta
penting ini, saya yakin yang beliau akan terus mendapat mandat daripada rakyat
pada pilihanraya akan datang dengan cara beliau mentadbir negara ini mengikut
lunas lunas yang sebenar yang perlu ada sebagai seorang pemimpin Islam iaitu
menjaga kebajikan rakyat, menghapuskan rasuah dan menyelesaikan segala macam
masalah yang berlaku di negara ini.
Selagi perkara perkara yang saya
sebutkan di atas tidak dapat diselesaikan oleh Najib, selagi itulah sokongan
kepada beliau dan Barisan Nasional akan terus berkurangan dan bakal hilang
tidak lama lagi. Isunya sekarang mudah, kembalikan ISA, jangan hapuskan Akta
Hasutan dan selesaikan segala masalah yang berlaku di negara ini dengan sebaik
mungkin. Saya yakin jika Najib dapat melakukan itu semua, sokongan rakyat akan
kembali semula kepada Najib.
Najib dan pihak berkuasa tidak boleh
takut untuk mengambil tindakan terhadap mana mana individu yang menghina Islam,
Melayu, Malaysia dan Raja Raja Melayu. Jika
Najib takut maka mereka akan semakin berani dan akhirnya peristiwa 13 Mei pasti
akan berulang semula. Sebagai Perdana Menteri Najib perlu tegas dalam hal ini
seperti mana yang pernah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika era
pentadbiran beliau.
Amaran saya kepada Najib adalah jangan
sesekali menghapuskan Akta Hasutan itu kerana tindakan anda boleh menyebabkan
negara ini akan musnah pada masa akan datang. Sebaiknya Najib dan pihak
berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap mana mana individu yang cuba
menghina perkara perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
sebelum rakyat mengambil tindakan mereka sendiri!
Lihat juga : Sony Ericson W810i lebih canggih dari Iphone6? Klik Sini
Tu dia tajuk. Terkejut zumal
BalasPadamHahaha. Terkejut ea? Saja buat gempak sikit. Hihi. Terima kasih Zumal sebab selalu singgah lawat blog saya yang tak seberapa ni walaupun Zumal dah popular.
PadamZumal tak popular pun. SS jer. Hihi ^_^
Padamas salam tuan tanah..
BalasPadamsaya setuju dgn anda..
tahniah anda ada blog yg banyak info
jemput blogworking
www.yatiadam.com
Terima kasih Kak Yatiadam : )
Padamarhhhh..suara hati saya!! Saya sgt takut dan sekarang saya tak lagi baca apa2 post di laman sosial kerana sakitnya hati bila melayu dan islam dihina tapi tiada tindakan kerana mereka takut dgn golongan ultrakiasu ini. Saya sgt setuju ISA dikembalikan dan Akta hasutan dikekalkan.
BalasPadam(agak-agak PM kita tak tengok filem Tanda Putera kot)