Kalian sering begitu,
Sering meninggalkanku,
Meninggalkan aku kesepian,
Meninggalkan aku bersendirian,
Sedangkan kalian,
Berseronok kegembiraan.
Kalian sering begitu,
Sering merendah rendahkan diriku,
Sering meremeh remehkan aku,
Mengapa kalian begitu,
Sedangkan kalian adalah sahabatku,
Aku tahu,
Kalian berbeza denganku,
Perbezaan umpama langit dan bumi,
Dipisahkan hanya dengan ketentuan Ilahi,
Tapi kalian tidak berhak melakukan seperti itu,
Terhadapku.
Ingatlah,
Tamat sahaja semua ini,
Jangan dicari lagi diriku,
Kalian menodai persahabatan itu,
Kalian memperkosa kepercayaanku,
Tatkala aku sudah berjaya,
Jangan sesekali mengaku,
Kita adalah teman sebaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.