Selasa, 12 Ogos 2014

SAJAK : ALAMAT PERPISAHAN BUAT KITA

Tatkala kamu sudah tidak lagi menghormatiku,
Tatkala kamu sudah tidak lagi mendengar pendapatku,
Siapakah aku kepada dirimu?
Teman? Sahabat? Musuh?
Hanya kamu yang mampu menentukan,
Siapa aku dan siapa kamu?

Ketika kamu membuat keputusan itu,
Apakah kamu tanya
Aku bersetuju?
Kamu menggunakan kuasamu,
Tanpa memikirkan aku,
Tanpa mempedulikan aku,
Adakah aku tunggul?
Atau hanya bonekamu?

 Pernahkah kamu bertanya,
Mengapa aku tidak suka?
Tidak!
Kamu hanya memikirkan dirimu,
Dan rakan rakanmu,
Kamu tidak pernah berfikir,
Kesusahan yang aku alami,
Kesukaran yang aku hadapi,
Apa yang kamu fikir?
Keseronokkan mu dan rakan rakanmu.

Tatkala kamu membuat keputusan itu,
Itu sudah memberi aku alamat,
Itu sudah memberi aku petunjuk,
Itu sudah memberi aku pedoman,
Bahawa itu adalah tanda perpisahan,
Antara dirimu dan aku,
Antara aku dan rakan rakanmu.

Berbahagialah kamu dengan keputusanmu,
Berbahagialah kamu dengan kejayaanmu,
Berbahagialah kamu dengan keseronokkanmu,
Tanpa kamu sedari,
Kamu gembira di atas penderitaan orang lain,
Kamu gembira di atas kedukaan orang lain.
Bersoraklah selagi mampu,
Bergembiralah selagi perlu.

Aku tiada kuasa mahupun sakti,
Untuk menolak dan mengubah keputusan itu,
Apa yang aku punya,
Hanya kesedihan hati,
Apa yang aku punya,
Hanya kedukaan hati,
Tetapi ingatlah wahai kamu,
Dan teman temanmu,
Seandainya keputusan itu,
Menemui kejayaan dan kemenangan,
Itu adalah alamat perpisahan buat kita.

Setelah tamat semua ini,
Jangan datang lagi kepadaku,
Jangan dicari lagi diriku,
Jangan ditanya lagi tentangku,
Kerana aku,
Sudah membuangmu dari ingatanku.
Kerana aku,
Sudah membencimu,
Kerana aku,
Sudah tidak mahu lagi berjumpa kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.