Sabtu, 21 Disember 2013

SAJAK : DILEMA SEORANG PENULIS

Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis,

Apatah lagi untuk menjadi penulis yang berjaya,

Pelbagai rintangan dan cabaran perlu dihadapi,

Untuk menjadi seorang penulis kini,


Dengan lambakan tugas di pejabat,

Dengan lambakan kerja di universiti,

Dengan pelbagai kekangan masa,

Dengan kehabisan wang ringgit,

Semata mata hanya untuk berkarya,

Bagi memartabatkan agama, bangsa dan negara.


Cekallah wahai kaum penulis,

Kita dilahirkan untuk berkarya,

Bagi mendedah kebenaran,

Yang semakin terkunci rapat,

Oleh lambakan peraturan yang menyekat kita,

Bagi memerdekakan agama, bangsa  dan negara.


Wahai kaum penulis,

Janganlah lekas berputus asa,

Teguhkan tekad mu,

Kuatkan semangat mu,

Bagi terus berjuang.

Di jalan mulia,

Kelak diri mu akan disanjung

Di hari muka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.