Jumaat, 10 Ogos 2012

SEBAB SEBAB PERMOHONAN KERJA DITOLAK

Image result for orang sedang  memohon kerja
Sumber

Di bawah saya senaraikan sebab-sebab permohonan kerja fresh graduate selalu ditolak oleh majikan. Diharapkan anda tidak membuat perkara-perkara yang dilarang ini. 


1) Resume yang outdated tidak menepati semasa. Sekarang adalah zaman teknologi, gunakan kepelbagaian software untuk tampilkan imej resume yang menarik dan profesional.
.
2) Maklumat diri yang tidak lengkap, tiada nombor telefon yang valid. Apabila dihubungi, tidak pula dijawab. Majikan akan call untuk temuduga kerja, bukan Whatsapp.
.
3) Tidak ada adab, salam pun tidak ada, terima kasih pun tidak ada. Malah adab di media sosial pun tidak ada.
.
"Keje ni masih ada tak?"
.
Bagus macam mana sekalipun jika tiada adab, akan reject awal-awal.
.
4) Maklumat yang diperlukan dalam sistem tidak diisi dengan lengkap. Contohnya seperti expected salary.
.
5) Memohon jawatan yang tidak match dengan kelulusan dan tiada sijil sokongan. Sebagai contoh : berkelulusan Accounting tetapi apply Graphic Designer. Jika tak match sikit-sikit, dan ada pula sijil sokongan tu saya masih boleh terima.
.
Jika tak pasti tentang cara nak buat resume dan mohon kerja sebagainya maka belajarlah. Majikan sekarang ada ramai pilihan, anda buat leceh sikit je, mereka tak teragak agak cari calon lain.

Jumaat, 3 Ogos 2012

TENTANG PENULIS


 

Nurhaziq Abdul Hafiz adalah seorang penulis blog yang bebas dan indie daripada pelbagai segi tetapi masih terikat dengan norma budaya, agama, bangsa dan tanah air. Beliau menulis apa sahaja untuk menyampaikan pandangan, melontarkan kritikan, memberi teguran, dan meluaskan pengetahuan selagi perkara itu terjangkau dalam pemikiran beliau. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel iaitu nurhaziqm@gmail.com untuk sebarang review, advertorial, ads dan event.