Ahad, 26 Februari 2017

SUARA PUISI SEORANG PENYAIR


Sumber : Google


Sebuah puisi yang ditulis dengan penuh kesungguhan,
Sebuah puisi yang ditulis untuk melontar segumpal teguran,
Sebuah puisi yang ditulis untuk menyampaikan maksud pandangan,
Tetapi puisi yang baik itu telah dikeronyokkan,
Dengan tangan kata tanpa sekelumit rasa belas kasihan,
Puisi yang baik itu cuba untuk dipertahankan,
Tetapi ia tetap tidak langsung mendapat sebarang bantuan,
Apatah lagi ia terus dihujani dengan suara suara berbentuk sokongan,
Juga disiram dengan madah madah yang penuh kelucuan,
Akhirnya puisi yang baik itu telah dibakulsampahkan. 

Puisi itu ditulis dengan segunung niat yang murni,
Ia ditulis tanpa meminta sebarang balasan walau seinci tanah di bumi,
Ia ditulis untuk cuba membangunkan sejuta idealisme yang suci,
Dengan penuh rasa ikhlas yang mekar di sanubari,
Supaya masyarakat boleh tumbuh rasa cakna dan subur sikap peduli,
Atas apa yang telah berlaku pada masa kini di alam realiti,
Tetapi puisi itu tidak pula cuba untuk dimengerti,
Kerana tidak langsung memahami hakikat sebenar tentang diri,
Seorang penyair yang punya banyak kelemahan sendiri.

Puisi itu tiada salahnya,
Ia bukan puisi yang penuh noda apatah lagi berdosa,
Ia cuma puisi yang ditulis dengan tidak mengikut selera,
Ia mungkin ditulis dengan kata kata yang biasa, 
Tetapi di dalamnya penuh dengan madah bicara,
Yang mungkin boleh menyentap minda seorang manusia,
Supaya langsung bangun dari mimpi siangnya.

Puisi itu mungkin tidak akan pernah difahami,
Oleh manusia yang buta bahasa dan tuli seni,
Juga manusia yang tidak faham diri dan hakikat realiti.

Seorang penyair mungkin menerima sejuta pujian,
Seorang penyair mungkin menerima seribu tepukan,
Atas puisi puisi yang pernah dibaca dan telah disiapkan,
Tetapi mana mana puisi yang sudah pun masuk ke bakul sampah,
Di hatinya telah penuh dengan luka, darah, dan nanah.   

Seorang penyair mungkin boleh mengukir seindah senyuman,
Untuk menutup luka besar yang terpahat perit di ruang kejiwaan,
Seandainya puisi seorang penyair sudah tidak diperlukan lagi,
Seandainya puisi seorang penyair itu memang buruk tidak terperi,
Seandainya ada penyair yang lain datang sebagai pengganti,
Sebagai pengingat diri dan hati hampir setiap detik dan hari,
Maka sudah tiba masanya penyair itu berundur diri. 


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.