Selasa, 17 Januari 2017

PENGIKUT (FOLLOWER) BLOG HILANG SERTA MERTA!

Image result for google friend connect
Sumber : Google

Sangat sedih apabila setelah sekian lama saya mengumpul jumlah pengikut (follower) blog saya iaitu seramai 203 orang, ia hilang begitu sahaja baru baru ini. 

Kehilangan tersebut mungkin disebabkan saya telah menukar template blog terbaru saya baru baru ini. 

Tambahan pula, pihak Google memang mahu supaya semua blogger menggunakan Google+ Follower dan bukan lagi Google Friend Connect (seperti gambar di atas).

Memanglah jumlah pengikut blog saya itu sedikit sahaja tetapi ia tetap menjadi satu penanda aras terhadap blog saya ini. 

Ada dalam kalangan pengikut tersebut yang sering kali singgah, baca, dan memberi ulasan dalam beberapa entri ataupun artikel yang saya tulis. 

Namun, ada juga yang tidak berbuat demikian. Mereka sekadar menjadi pengikut sahaja. Mereka jarang (atau mungkin tidak pernah) datang ke blog saya untuk singgah, baca, dan membuat ulasan.

Tetapi, sebagai blogger kecil, pastilah saya menghargai kesudian mereka untuk menjadi pengikut di blog saya. Terima kasih atas kesudian anda itu. 

Saya sekarang ini hanya menggunakan akaun Google+ sebagai medium kepada mana mana blogger yang mahu mengikuti segala entri, artikel, dan informasi yang ada di blog saya ini. Jika anda tidak keberatan, silalah untuk mengikuti (follow) akaun Google+ saya untuk mengetahui sebarang entri terbaru daripada saya. Kesudian anda sudah pasti amat saya hargai.

Saya cuba untuk memaparkan kesemua pengikut akaun Google+ di blog ini tetapi tidak boleh. Saya ada mengikuti beberapa tutorial yang dibuat oleh beberapa blogger tetapi masih tidak boleh juga. Hanya Lencana (badge) Google+ sahaja yang boleh saya paparkan setakat ini. Insha Allah...saya akan usahakan supaya semua pengikut Google+ saya terpapar dalam blog ini. 

Jika ada sesiapa tahu tutorial bagaimana untuk menukarkan status private kepada public pengikut akaun Google+, sila beritahu saya dengan segera supaya saya boleh segera untuk memaparkan kesemua pengikut akaun Google+ saya di blog ini.

Segala perhatian anda amat saya hargai.

1 ulasan:

  1. blogger unii pun mcm ni tp xsure ilang cmna, kami yg dtg ziarah dekat blog xnampak sebarang kelibat senarai follower mcm sblm ni

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.