Khamis, 12 Januari 2017

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 20



 


Tiga bulan kemudian…

Setelah Sahiril keluar bekerja, Mahani menjalankan rutin hariannya seperti biasa di rumah itu. Dia mula membasuh pakaian miliknya dan milik Sahiril, mencuci pinggan mangkuk, menjemur pakaian dan mengemas rumah. Dia melakukan tugas tugas tersebut dengan tekun sekali walaupun dia tahu Sahiril tidak akan memandang dirinya dengan hanya sebelah mata. 

Walaupun kadang kadang hatinya sakit dengan sikap Sahiril yang seolah olah suka mencari kesalahan dirinya namun Mahani tetap bersabar. Ini semua gara gara rasa cintanya pada lelaki tersebut. Ketika dia sibuk menjemur pakaian di balkoni, tiba tiba dia merasakan kepalanya sedikit pening dan rasa loya mula melekat ditekaknya. Sejak akhir akhir ini rasa loya dan pening tersebut kerap menganggu dirinya. 

Dia mempercepatkan kerjanya dan mula duduk di atas sofa. Apabila dia merasakan rasa loya itu sudah sampai ke kemuncaknya dia terus berlari ke sinki dan memuntahkan semua isi perutnya. Kemudian dia duduk di meja dapur untuk melegakan dirinya. Dia terus naik ke biliknya untuk bersiap. Mahani mengambil keputusan untuk ke klinik. Setelah mengenakan tudung dan bersiap ala kadar sahaja, dia terus menahan sebuah teksi. Dia mahu ke klinik yang berdekatan dengan penthouse tersebut. 

“Pakcik, hantarkan saya ke klinik kat depan tu.” Pinta Mahani kepada pemandu teksi tersebut. Setelah mendapat persetujuan dari pemandu teksi itu dia terus menaiki teksi itu dan menuju ke klinik. Setelah membayar harga tambang dan mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi itu kerana telah menghantarnya, Mahani melangkah ke dalam klinik.
 
Dia mendapati tidak ramai pelanggan yang datang ke klinik tersebut pada waktu itu. Terdapat dua orang sahaja yang menunggu di ruang menunggu tersebut. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Setelah membuat pendaftaran Mahani terus mengambil tempat di sebelah lelaki itu. 

“Kau tak kenal aku ke?” Soal lelaki yang duduk disebelah Mahani itu. Mahani memandang lelaki tersebut dan sebuah senyuman terhias di bibirnya. 

“Farid! Aku ingat siapa tadi!” Ujar Mahani sebaik sahaja memandang wajah wartawan Harian Malaysia itu. 

“Aku ingat kau dah lupa aku lepas kita jumpa kat RaHa Hotel hari tu.” Kata Farid. 

“Aku bukan lupa la tapi aku tak perasan. Kau apa khabar? Kau tinggal kat mana sekarang?” Soal Mahani kepada Farid. 

“Aku okey saja. Aku sekarang tinggal kat Ampang. Kau tak jemput aku pun masa kau kahwin dengan Sahimi Sahiril hari tu.” Kata Farid seolah olah merajuk.

“Aku minta maaf Farid tapi aku benar benar lupa pasal kau. Aku pun tak jemput kawan kawan aku. Aku hanya jemput kawan baik aku yang kau jumpa kat hotel hati tu dengan Mahmudah saja sebab majlis itu diaturkan oleh ibu mertua aku.” Jawab Mahani jujur. Dia bukan sengaja tidak mahu mengundang lelaki itu ke majlis perkahwinannya namun perkahwinannya itu hanyalah sekadar perkahwinan untuk menutup keaiban yang berlaku. 

“Kau memang hebat Mahani.” Kata Farid tiba tiba. “Kenapa kau cakap macam tu?” Soal Mahani tidak memahami maksud yang tersirat di sebalik kata kata Farid. 

“Lepas kau bercerai dengan Bakri kau dapat pengganti yang lebih baik dari dia. Seorang lelaki yang tampan, kaya dan terkenal pula tu. Kau memang beruntung Mahani.” Jawab Farid. Pada dasarnya perkahwinan tersebut memang nampak hebat tapi pada hakikatnya perkahwinan tersebut mencipta luka di hati ramai orang.

“Aku tak sangka, kes tangkap khalwat kau dengan Sahiril tu mempercepatkan perkahwinan kau dengan Sahiril. Aku juga terkejut kerana kau dan Sahiril saling mencintai sedangkan kamu berdua dari dua dunia yang berbeza. Seorang anak jutawan dan seorang lagi hanyalah orang biasa. Kisah kau sama macam kisah Cinderella.” Farid berseloroh. Mahani hanya tersenyum tawar mendengar ucapan Farid. Farid hanya nampak di luarannya sahaja namun di dalamnya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. 

“Encik Farid bin Ali.” Laung seorang wanita yang bertugas di kaunter ubat memanggil nama Farid. Farid terus bangun dan menuju ke kaunter tersebut. Setelah mengambil ubat dan membuat pembayaran Farid terus menuju ke arah Mahani.
 
“Aku balik dulu. Kepala aku sakit sangat ni. Lain kali kita jumpa lagi.” Kata Farid. 

“Baiklah. Hati hati bawa kereta.” Kata Mahani sambil memandang langkah Farid. Tiba tiba dia mendengar namanya dipanggil untuk masuk ke bilik rawatan. Mahani bergegas untuk berjumpa dengan doktor yang berada di bilik rawatan tersebut.

*****

Mahani benar benar terkejut mendengar ucapan Doktor Farah sebentar tadi. “Aku mengandung. Aku mengandung anak Sahiril.” Desis Mahani dalam hati. Dia tidak menyangka ‘pertemuan’ dengan Sahiril tiga bulan yang lalu telah menghasilkan seorang bayi di dalam rahimnya. Benih Sahiril telah menjadi seorang bayi. Barulah dia teringat yang dia berada dalam keadaan ‘subur’ sewaktu kejadian itu berlaku. 
 
“Saya nasihatkan agar Puan Mahani banyak berehat. Tolong jangan buat kerja yang berat berat dan yang paling penting makan makanan yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan kandungan puan.” Nasihat Doktor Farah. 

“Baik doktor. Terima kasih banyak banyak.” Ucap Mahani. 

“Sama sama.” Balas Doktor Farah yang telah merawat Mahani sebentar tadi. Mahani benar benar tidak percaya yang di dalam rahimnya terdapat seorang bayi. 

Bayi dari benih Sahiril. Lelaki yang amat membenci dirinya. Dia tertanya tanya apakah Sahiril dapat menerima bayi ini. Dia tidak ada jawapan untuk soalan itu. Tapi yang pasti bayi ini milik Sahiril. Bayi yang dikandungnya itu ialah bayi yang sah menurut hukum Islam dan perundangan Malaysia. Apa yang sangat dirisaukannya ialah Sahiril tidak dapat menerima kehadiran bayi tersebut. Mahani hanya berserah kepada Allah.

Mahani menunggu Sahiril pulang seperti biasa pada malam itu. Seperti malam malam sebelumnya dia memang menunggu lelaki itu supaya memnudahkannya untuk membuka pintu dan menyediakan makan malam buat lelaki tersebut namun pada malam ini amat berlainan. Penantiannya pada Sahiril untuk menyampaikan berita yang amat mengejutkan. 

Dia sendiri tidak tahu tentang reaksi yang bakal diterimanya dari Sahiril namun dia amat berharap agar Sahiril dapat menerima kehadiran bayi itu dalam hidupnya. Ketika dia sedang asyik mengelamun loceng pintu rumahnya berbunyi. Dia bergegas membuka pintu. Seperti biasa, Sahiril mempamerkan muka masam di hadapan pintu rumah tersebut. Sahiril membuka kasut kulitnya dan masuk ke dalam rumah. Mahani tidak segera memberitahu Sahiril tentang hal itu. Dia menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu Sahiril.

 “Apa yang kau termenung tu? Cepat hidangkan makanan. Aku dah lapar.” Kata Sahiril. Mahani bergegas menghidangkan makan malam buat Sahiril di atas meja makan dan menyendukkan nasi ke pinggan lelaki itu. Setelah meletakkan lauk ke dalam pinggan, Sahiril terus menyuap nasi ke dalam mulutnya. Dia makan dengan begitu berselera sekali. Masakan Mahani memang enak. Ibunya Datuk Hasanah tidak pandai memasak. Selama ini, dia hanya makan masakan Mak Munah ataupun masakan yang dimasak di restoran.

“Saya ada perkara nak cakap dengan awak.” Kata Mahani memecahkan kesunyian antara mereka.

“Apa dia?” soal Sahiril bingung bercampur marah. Selama ini, Mahani tidak pernah menuturkan ayat itu kepada dirinya. Mahani menarik nafas dalam dalam sebelum memberitahu Sahiril tentang berita tersebut. 

“Saya mengandung anak awak.” Ucap Mahani lancar. Dia berasa teramat lega setelah menuturkan kata kata itu. 

“Apa? Kau jangan nak tipu aku? Aku tak pernah sentuh kau walaupun sekali. Anak jantan mana yang kau hamil tu?!” Soal Sahiril marah. Dia tahu Mahani hanya mahu membohongi dirinya.

“Saya tak tipu. Ini memang anak awak. Awak dah lupa kejadian tiga bulan lepas. Awak dah lupa selepas awak pukul saya dan apa yang berlaku lepas tu?” Soal Mahani bagi mengembalikan ingatan Sahiril. Serta merta Sahiril teringat kejadian malam itu. Ya! Mereka telah menjadi suami isteri yang
 sebenar pada malam itu. Namun dia benar benar tidak percaya. Dia tidak percaya yang dia mempunyai seorang bayi bersama Mahani, wanita yang amat dibencinya. 

“Sudah! Aku tak nak dengar lagi pasal perkara ni. Kau gugurkan saja kandungan tu. Aku tak akan mengaku yang anak itu ialah anak aku.” Ujar Sahiril tegas. Terkejut Mahani mendengar kata kata Sahiril. Dia sudah agak yang sudah pasti Sahiril tidak mahu menerima bayi ini namun dia tidak percaya yang Sahiril mahu membunuh bayi yang tidak berdosa itu.

“Kenapa awak nak bunuh dia? Dia tak berdosa. Apa salah bayi ni pada awak?” Soal Mahani bertubi tubi. Air matanya sudah mula mengalir membasahi pipinya. 

“Aku tak peduli. Aku tak nak bayi tu. Aku benci bayi yang lahir dari rahim perempuan keji macam kau. Kalau kau tak nak gugurkan kau punya pasal tapi aku tak bertanggungjawab atas bayi tu.” Kata Sahiril lalu membasuh tangannya dan bergerak ke kamar tidur.

Selera makannya telah mati gara gara berita mengejut dari Mahani itu. Mahani pula terus menangis mengenangkan dirinya dan bayi yang berada di dalam rahimnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.