Rabu, 11 Januari 2017

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 19



 

Setelah mengetuk pintu berkali kali namun pintu masih tidak dibuka dari dalam. Hampir sakit kerongkong Sahiril memanggil nama Mahani namun masih tiada jawapan. Tahulah Sahiril bahawa Mahani tiada di rumah. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan ke angka sebelas. “Mahani pergi hopital agaknya.” Desis hati kecilnya. Sahiril lantas membuka pintu rumahnya menggunakan kunci. 

Dia mendapati rumah dalam kedaan gelap gelita. Dia menekan suis lampu yang berada di tepi dinding. Rumah itu kelihatan terang benderang setelah disimbahi dengan cahaya lampu. Sahiril membuka kasutnya dan meletakkan di dalam rak kasut lalu bergerak menuju ke ruang tamu. Dia membuka pendingin hawa dengan menggunakan alat kawalan jauh yang berada di atas meja kopi tersebut.

Kemudian dia membuka ikatan tali leher dan baju kemeja yang membaluti tubuhnya. Dia sengaja membiarkan tubuhnya terdedah agar dapat menikmati kesejukkan  pendingin hawa tersebut. Dia lantas membuka televisyen dan bersandar di atas sofa empuk itu. Dia teringat akan amaran Mahmudah pagi tadi. Dia benar benar menyesal kerana telah memukul Mahani. 

Dia tidak tahu syaitan apa yang telah merasuknya sehingga dia boleh bertindak sebegitu rupa padahal dia tidak pernah mengasari seorang perempuan. Semalam dia betul betul letih dan tertekan dengan kerja di pejabatnya. Tekanannya bertambah apabila melihat Mahani tiada di rumah sewaktu dia pulang samalam. Kemarahnannya memuncak apabila

 melihat Mahani pulang dengan Ramli.


Dia merasakan Mahani telah curang padanya sebagai seorang isteri. Perasaan cemburu tiba tiba menyerang sanubarinya apabila melihat Mahani dan Ramli berada di hadapan pintu rumahnya. Entah mengapa dia cemburu dia sendiri tidak tahu. 

“Apa hubungan antara Mahani dengan Ramli? Bagaimana mereka boleh menjadi rapat?” Soal Sahiril dalam hati. 

Dia tahu bahawa Ramli ialah ketua Mahani sewaktu wanita itu bekerja di RaHa Hotel tapi mengapa pula Ramli yang menghantar Mahani pulang semalam. Adakah Ramli tahu yang anak Mahani kemalangan. 

“Ahhh!.” Sahiril menjerit kecil. Soalan soalan yang tidak ada jawapan itu menyesakkan otaknya. Sahiril terus bangun dan melangkah ke dapur. Dia melihat tidak ada makanan yang disediakan oleh Mahani untuknya. 
 
Biasanya Mahani pasti akan menyediakan makan malam untuk dirinya. Dia tidak menyangka Mahani begitu pandai memasak. Masakannya benar benar sedap dan kena dengan seleranya tapi dia sengaja mengatakan masakan Mahani tidak sedap untuk meyakiti hati wanita itu. Tiba tiba perasaan rindu muncul di hatinya. Dia tidak tahu mengapa perasaan itu bisa wujud di sanubarinya. 

“Ah, gila. Ini semua gila.” Jerit Sahiril bersendirian. Sahiril naik ke bilik tidurnya untuk membersihkan diri seterusnya ingin melelapkan mata.

.....................................................................................................
 
Setelah Irfan berada di Hospital Kuala Lumpur selama empat hari akhirnya dia dibenarkan keluar namun doktor tidak membenarkan anak kecil itu melakukan aktiviti

lasak memandangkan tangannya masih belum sembuh sepenuhnya, dia diberi cuti sehingga balutan tanggannya dibuka. Memandangkan pada hari tersebut Ramli bekerja, Mahmudah dan Mahani sahaja yang menjemput Irfan di hospital.


Setelah semua urusan dilunaskan, Irfan dibawa pulang ke rumah Mahmudah. 

“Irfan, kamu jangan nakal nakal tau. Dengar cakap mak long. Kalau tak nanti tangan kamu patah lagi.” Nasihat Mahani kepada anak lelakinya. 

“Baik ibu.” Jawab Irfan pendek. 

“Kamu janganlah risau sangat Mahani. Tahulah aku nak jaga Irfan.” Ujar Mahmudah untuk menyedapkan hati Mahani. Dia dapat membaca kegusaran yang berada di hati Mahani saat itu. 

“Aku bukan apa kak long. Irfan ni nakal, buktinya tangan dia yang patah tu. Nanti tak pasal pasal tangan yang sebelah tu pula yang patah.” Kata Mahani. 

“Tak baik kau cakap macam tu Mahani. Kau tahu kan yang kata kata seorang ibu tu satu doa.” Kata Mahmudah. Mahani diam menandakan dia sedar akan kesilapan dirinya.

“Ibu nak tinggal dengan Irfan dan mak long kan? Ibu janganlah duduk jauh jauh. Ibu duduklah dengan Irfan.” Rayu Irfan kepada Mahani. Sayu hati Mahani dan Mahmudah mendengar rayuan anak kecil itu. Sepatutnya budak sebaya Irfan tinggal bersama ibu bapa mereka namun hakikatnya tidak begitu. Dia perlu berjauhan dengan ibunya buat sementara waktu.

“Tak boleh Irfan. Ibu tak boleh nak tinggal dengan Irfan kat sini sebab siapa nak jaga pakcik Sahiril kat rumah.” Ujar Mahani. 

“Irfan, ibu tak boleh tinggal dengan kamu tapi dia boleh datang lawat kamu. Lain kali ibu kamu akan datang lawat kamu lagi.” Pujuk Mahmudah. 

“Irfan, Ibu pulang dulu ye. Kalau ada masa nanti ibu datang lagi.” Ujar Mahani sambil bersalaman dan berpelukan dengan anak tunggalnya. Mahmudah dan Irfan menghantar Mahani sehingga ke pintu pagar rumah. 

“Kak long, tolong jaga Irfan ye. Saya minta maaf sebab dah banyak menyusahkan kak long.” Kata Mahani. 

“Ani, kita kan adik  beradik. Kalau aku tak tolong kau siapa lagi.” Balas Mahmudah. 

“Aku balik dulu kak long.” Pamit Mahani sambil bersalaman dengan Mahmudah.

“Hati hati Mahani. Kalau Sahiril apa apakan kau cepat cepat telefon aku tau. Tahulah macam mana aku nak ajar lelaki tu nanti.” Ujar Mahmudah.

 “Baiklah.” Kata Mahani dan terus bergerak menuju ke perhentian bas. Mahmudah dan Irfan memandang langkah kaki Mahani dengan pandangan sayu.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.