Isnin, 2 Januari 2017

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 17



 

Sahiril masuk ke pejabatnya pada pagi itu lima minit sebelum pukul lapan pagi. Dia melihat sudah ramai kakitangan yang bekerja di Bahagian Pentadbiran RaHa Hotel sudah sampai. Ada di antara mereka yang sudah mula bekerja. Sahiril berasa senang melihat pekerja pekerjanya. Kerana merekalah RaHa Hotel boleh menjadi salah sebuah hotel terbesar di Asia Tenggara dan tidak lama lagi nama RaHa Hotel mampu berada di persada antarabangsa. 


Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif RaHa Hotel Sdn Bhd dia perlu tugasnya memang banyak. Dia sentiasa perlu memantau setiap perjalanan pengurusan hotel tersebut supaya kepuasan hati pelanggan dapat dipelihara. Hotel yang telah diusahakan oleh mama dan arwah papanya perlu dijaga dan diwariskan kepada anak cucunya kelak. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, dia bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi keseluruhan hotel dan perlu mewujudkan pelan atau matlamat yang akan memberi kesan kepada perjalanan hotel tersebut. 


Dia juga bertanggungjawab untuk menetapkan sesuatu dasar untuk semua kakitangan yang bekerja di RaHa Hotel. Selain itu, Sahiril juga perlu mempunyai kemahiran konseptual iaitu satu kemahiran untuk memproses maklumat mengenai persekitaran dalaman atau luaran hotel dan menentukan implikasi terhadap hotel tersebut. Kemahiran ini amat penting supaya dia boleh berfikir ketika berada dalam keadaan yang sukar. 


Dia masuk ke pejabatnya dan diikuti oleh Mona yang bertindak sebagai setiausaha peribadinya. 

I nak you batalkan semua meeting I pada hari ini.” Sahiril memberi arahan dengan tegas. 

“Tapi Encik Sahiril, hari ni encik ada meeting dengan Datuk Rashid pasal pembinaan RaHa Hotel kat Pulau Pangkor tu.” Jelas Mona. 

I bayar gaji you suruh you dengar cakap I ke suruh you bantah cakap I. Kalau you tak suka kerja kat sini you boleh resign bila bila masa you nak. Banyak lagi orang yang nak kerja kat sini.” Jerkah Sahiril.
Kecut perut Mona memandang muka majikannya yang merah padam itu. “Apa tunggu lagi. Berambus sekarang. I tak nak tengok muka you yang macam tapir tu kat sini.” Marah Sahiril. 

Mona tergesa gesa keluar dari bilik tersebut. Makin lama dia berada di situ makin panas hatinya. Sebenarnya dia sudah masak dengan perangai lelaki itu. Sudah tiga tahun dia bekerja bersama dengan Sahiril. 


“Muka saja tampan tapi perangai macam hantu.” Omel Mona. “Kenapa dengan Encik Sahiril tu? Aku tengok dia macam moody saja.” Soal Rahim yang bertugas sebagai despatch di pejabat tersebut. 

“Mana aku tahu. Kalau kau berani sangat kau tanyalah sendiri kat dia.” Cabar Mona.

 “Kau gila. Nanti tak pasal pasal aku kena pecat dengan anak orang kaya sombong tu.” Ujar Rahim. 


“Tahu pun kau. Aku tengok sejak dia kena tangkap basah dengan pekerja kat Bahagian Housekeeping tu dia terus marah marah sampailah sekarang.” Kata Mona. 

“Memang patut pun sebab gara gara dia nama RaHa Hotel ni dah jadi busuk tau. Kau tak baca berita ke yang saham RaHa Hotel jatuh teruk masa berita tu tersebar.” Ujar Rahim. 

“Biar padan dengan muka dia. Sombong sangat dengan orang dan sekarang Allah bagi pembalasan dekat dia. Aku tak sangka betul macam mana dia boleh kena tangkap basah dengan seorang pengemas bilik sedangkan setahu aku dia tu boyfriend Melisa Murad kan? Model dan ratu cantik Malaysia yang terkenal tu.” Ujar Mona.
 
“Betul tu. Tapi nak buat macam mana dah nasib dia kena tangkap khalwat dengan pengemas bilik.” Kata Rahim. Mereka berdua tertawa kecil. 

“Kamu berdua ni nak kerja ke nak bersembang?” Soal Datuk Hasanah yang muncul tiba tiba. 

“Buat kerja Datuk.” Jawab Rahim lalu beredar dari situ.

“Mona, kalau saya nampak awak bersembang lagi saya pecat awak. Buat kerja sekarang!” Jerkah Datuk Hasanah.


“Baik Datuk.” Mona takut takut melihat Datuk Hasanah yang garang itu. 

“Sahiril dah sampai?” Soal Datuk Hasanah. 

“Sudah Datuk. Dia ada di dalam.” Jawab Mona. Tanpa mengucapkan terima kasih Datuk Hasanah terus masuk ke bilik Sahiril. Dia melihat Sahiril sedang berdiri di tingkap hotel sambil memandang ke arah deretan kereta yang melalui lebuh raya yang terletak di hadapan hotel tersebut.


“Apa yang kamu menungkan tu?” Soal Datuk Hasanah kepada Sahiril. 

“Mama, terkejut saya. Kenapa mama tak ketuk pintu dulu sebelum masuk?” Soal Sahiril kaget melihat kehadiran ibunya di pejabat seawal pagi begitu. Amat jarang ibunya datang ke pejabat jika tidak ada urusan yang penting. Biasanya Datuk Hasanah akan datang ke pejabat sekiranya ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah dan pemegang saham. 


“Mama sengaja tak nak ketuk pintu sebab tak nak ganggu kemu yang tengah mengelamun. Kenapa muka kamu nampak tertekan sangat? Kamu ada masalah ke?” Soal Datuk Hasanah seolah olah dapat membaca isi hati Sahiril. 

“Saya rasa saya dah tak boleh hidup dengan perempuan tu mama. Saya sangat bencikan dia. Saya nak batalkan saja perjanjian tu. Saya nak ceraikan dia secepat mungkin.” Jawab Sahiril dalam keluhan.



“Sahiril, kamu jangan bertindak bodoh macam tu. Kalau kamu ceraikan dia sekarang wartawan akan mengeluarkan berita yang bukan bukan. Nanti kita juga yang susah.” Datuk Hasanah membantah keputusan Sahiril.

 “Tapi mama saya dah tak tahan hidup dengan dia. Saya tak cintakan dia. Saya mencintai Melisa. Saya nak kahwin dengan Melisa secepat mungkin.” Ujar Sahiril. 


“Kamu kena sabar. Kamu tetap akan kahwin dengan Melisa nanti. Sekarang kita kena ikut rentak dia untuk menjaga reputasi hotel kita. Dalam pada itu kamu siksa hidup dia. Biar dia serik supaya dia tak buat perkara yang sama pada kamu lagi.” Datuk Hasanah memberi pendapat. 

“Baiklah. Saya ikut nasihat mama.” Ujar Sahiril dalam keluhan berat. 

“Bagus. Macam tu lah anak lelaki mama.” puji Datuk Hasanah bangga.

...............................................................................................



Mahani tersedar dari tidur pada pagi itu tepat pukul 9.30 pagi. “Ya Allah, aku terlepas solat Subuh.” Bisik Mahani dalam hati. Badannya terasa sengal sengal dan kepalanya terasa berat sekali. Dia teringat peristiwa semalam di mana Sahiril membelasah dirinya seperti Sahiril membelasah seorang pencuri yang masuk ke dalam rumahnya. Dia benar benar tidak menyangka lelaki seperti Sahiril merupakan lelaki yang dayus. 


Sanggup memukul seorang wanita yang lemah sepertinya. Dia cuba turun dari katil namun kudratnya tidak mengizinkan. Pinggangnya terasa sakit sekali. Tiba tiba perutnya berbunyi menandakan dia berasa lapar. Dirinya betul betul tidak mampu untuk berjalan ke dapur. Dia hanya terbaring atas katil. Tiba tiba dia mendengar loceng rumah itu berbunyi.



“Siapa pula datang pagi pagi ni? kalau Sahiril kenapa dia tak buka pintu guna kunci?” Omel Mahani. 

Mahu atau tidak dia perlu bangun juga untuk membuka pintu. Sudah berkali kali loceng pintu itu ditekan menandakan tetamu tersebut dalam keadaan tidak sabar sabar.  Beberapa kali Mahani terjatuh sepanjang perjalanannya ke pintu utama rumah tersebut. 


Setelah membuka pintu rumah tersebut dia melihat Mahmudah dan Ramli sedang berdiri tegak dihadapan pintu rumah itu. 

“Ya Allah Ani, apa yang Sahiril buat kat kau ni? Dia pukul kau ke?” Soal Mahmudah yang kelihatan terkejut melihat keadaan Mahani yang lemah dan lebam lebam itu. Mahmudah dan Ramli terus memapah Mahani duduk di sofa yang terletak di ruang tamu penthouse tersebut. 


“Sahiril memang dah melampau. Dia memang lelaki yang dayus. Sanggup dia pukul isteri dia sendiri.” Marah Ramli. 

Dia kasihan melihat Mahani yang dalam keadaan lemah seperti itu. “Kita tak boleh biar saja perkara ni. Kita kena buat laporan polis. Biar jantan tu kena tangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.” Cadang Mahmudah. 

“Jangan kak long. Jangan laporkan pada polis. Saya tak apa apa. Saya okey. Sikit saja ni.” Bantah Mahani. 


“Sikit kau cakap? Kau ni sihat ke tak? Ke otak kau dah terbalik sebab kena belasah dengan Sahiril semalam? Kita tak boleh biarkan saja Mahani. Esok esok dia buat lagi perkara yang sama pada kau.” Nasihat Mahmudah. 

“Betul tu Ani. Ini kes penderaan rumahtangga. Kita tak boleh diamkan saja.” Ujar Ramli. 

“Tak payah buat laporan polis. Kak long hantar saja saya pergi klinik. Saya tak apa apa.” Kata Mahani.





“Kau ni kenapa? Kenapa kau tak nak kita buat laporan polis?’ Soal Mahmudah bingung. Dia pelik dengan sikap Mahani pada hari ini. 

“Saya tak nak dia masuk penjara. Saya cintakan dia kak long.” Jawab Mahani jujur. Dia tidak kisah apa yang Sahiril lakukan pada dirinya asalkan dia akan sentiasa dekat dengan lelaki itu. Terkedu Mahmudah dan Ramli mendengar pengakuan Mahani. 


Mereka tidak menyangka bahawa Mahani masih mencintai lelaki yang telah mengasari dirinya sekejam itu. “Kau ni memang pelik Mahani. Kau memang pelik. Aku betul betul tak faham dengan kau ni.” Ujar Mahmudah. 

“Sudahlah kak. Mari kita bawa Mahani ke klinik. Teruk benar keadaan dia.” Ujar Ramli.

“Irfan mana? Dia  okey ke?” Soal Mahani. Tiba tiba sahaja dia teringat akan anaknya itu. 


“Irfan okey. Dia tengah berehat kat hospital tu. Pagi tadi Ramli yang ajak aku ke rumah kau ni sebab dia risau pasal kau. Jom kita pergi klinik.” Ujar Mahmudah. Mereka memapah Mahani ke kereta Ramli untuk di bawa klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan.


Baca BAB 16 di sini ---> BAB 16

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.