Jumaat, 13 Januari 2017

FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG EKONOMI MALAYSIA!




Image result for ekonomi
Sumber : Google

Walaupun media arus perdana banyak memaparkan tentang pengukuhan ekonomi negara, namun masih ramai rakyat jelata yang kurang percaya. Ini kerana, realiti yang berlaku di hadapan mata atau dirasai sendiri oleh rakyat jelata, begitu berbeza sekali dengan laporan yang dibuat oleh media arus perdana. Tambahan pula, media media arus perdana memang sudah lama diragui oleh kebanyakkan rakyat jelata. Media sosial lebih dipercayai oleh rakyat jelata sebenarnya. 

Semasa saya sedang menulis rencana ini, jumlah tukaran 1 Dolar Amerika terkini adalah bersamaan dengan 4.46 Ringgit Malaysia. Berbanding dahulu yakni sebelum krisis ekonomi berlaku, kadar tukaran 1 Dolar Amerika bersamaan dengan 3.50 Ringgit Malaysia sahaja. Kadar tukaran matawang kita di pentas antarabangsa jatuh dengan sangat mendadak sebenarnya.   

Kadar hutang negara juga naik mendadak secara tiba tiba daripada RM250 bilion pada tahun 2010 kepada RM656 bilion pada Jun tahun lalu. Jumlah hutang ini adalah jumlah yang paling tinggi dalam sejarah yakni telah mencecah had pinjaman yang telah ditetapkan sendiri oleh Perdana Menteri iaitu sebanyak 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pengangguran pelajar pelajar lepasan universiti juga sangat meruncing sekali. Laporan yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa pengangguran dalam kalangan pelajar lepasan universiti telah memuncak daripada 30 peratus pada tiga tahun lalu kepada 34 peratus pada September tahun lalu. Ini adalah satu berita yang sangat menakutkan sekali kepada pelajar pelajar lepasan universiti yang mengambil tahu.

Kementerian Sumber Manusia pula melaporkan seramai 31,476 pekerja telah diberhentikan kerja sejak Januari hingga September tahun lalu. 17,051 daripada jumlah pekerja itu terlibat dalam pemberhentian secara biasa manakala bakinya iaitu seramai 14,425 pula berada dalam pemberhentian kerja secara sukarela (VSS). 

Membaca fakta fakta ini, pastilah akan mendatangkan kegerunan di dalam hati. Pasti ramai akan bertanya adalah negara bakal muflis tidak lama lagi? Soalan itu tidaklah dapat saya jawab kerana saya kurang mahir dalam ekonomi. Tetapi apa yang pasti, seandainya kewangan negara tidak diuruskan dengan betul, tidak mustahil Malaysia akan menjadi seperti Greece tidak lama lagi. Mohon dijauhkan oleh Allah perkara semacam itu daripada terjadi.

Punca kepada kejatuhan ekonomi negara ini ada dua sebenarnya. Pertama, kerana kejatuhan ekonomi di peringkat dunia dan kedua, kerana masalah rasuah yang terlalu berleluasa dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Krisis politik pun adalah antara penyebab juga. Dengan semua masalah yang melanda, pelabur pelabur takut untuk melabur dalam negara. Ia sebenarnya tambah menggawatkan lagi ekonomi negara. 

Seandainya ekonomi dunia pulih dengan segera dan masalah rasuah yang berlaku boleh diselesaikan dengan serta merta, pastilah ekonomi negara boleh pulih semula. Kecekapan kerajaan dalam mengawal perbelanjaan, mengelakkan pembaziran, dan mengawal ketirisan adalah antara cara untuk menyelamatkan semula ekonomi negara. Tetapi setakat ini kita tidak melihat sebarang usaha. Rakyat makin hari makin tambah menderita. 

Kos sara hidup di bandar bandar besar semakin tinggi. Ia dibebankan lagi dengan cukai GST. Harga barang melambung dengan mendadak sekali. Rumah yang dibina tidak mampu dimiliki (kerana terlalu mahal). Keyakinan rakyat terhadap kerajaan makin longgar hari demi hari. 

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan perlu berusaha kuat supaya ekonomi negara pulih dengan segera. Buatlah apa sahaja cara asalkan ia halal untuk menyelamatkan semula ekonomi negara. Kerajaan tidak boleh membiarkan masalah ini terus berlarutan. Kelak negara akan diancam kemusnahan. 

Sebagai rakyat jelata, hanya Allahlah tempat penggantungan kita semua. Banyakkan berdoa agar Allah boleh bantu untuk pulih ekonomi negara semula. Barang dijauhkan Allah negara kita menjadi seperti negara Greece pula. Semoga ekonomi negara kita yang ‘sakit’ ini boleh pulih dengan segera.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.