Jumaat, 12 Februari 2016

NOVEL : MENCARI MAKNA CINTA BAB 14



Mahani bangun seawal pukul 5.30 pagi lalu membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu Subuh. Seusai solat, dia terus mengejutkan Irfan. Sementara menunggu Irfan mandi Mahani turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Semalam Sahiril telah menyuruhnya untuk membuat sarapan pagi itu. Dia membakar roti dengan menggunakan toaster.
Dia malas mahu membuat sarapan yang berat berat buat Sahiril kerana khuatir kejadian semalam akan berulang lagi. Setelah siap, dia dan Irfan bersarapan dengan memakan roti bakar dan disapu dengan kaya. Setelah itu, dia dan Irfan berjalan ke perhentian bas bagi menghantar Irfan ke sekolah. Dia tidak mengejutkan Sahiril untuk bersarapan. Dia tidak mahu dimarahi oleh lelaki itu seperti semalam ketika mengejutkan Sahiril bangun untuk makan tengah hari.
Biarlah apa yang Sahiril mahu lakukan yang penting tidak menyakitkan hatinya. Setelah menghantar Irfan ke sekolah dia menaiki bas untuk ka RaHa Hotel. Tujuannya ke hotel tersebut bukan untuk bertugas seperti biasa tetapi untuk berhenti. Dia fikir lebih baik dia berhenti setelah apa yang berlaku. Dalam perjanjian itu Sahiril akan memberinya RM2000 setiap bulan sebagai upah perkahwinan itu sehingga perjanjian itu tamat.

Dia fikir wang itu sudah cukup untuknya hidup dengan Irfan. Setelah perjanjian itu tamat nanti barulah dia akan berusaha untuk mencari pekerjaan yang lain. Setelah sampai di RaHa Hotel dia terus bergerak ke bilik dobi bagi menemui Nadia. Sepanjang perjalannya ke bilik dobi, banyak sungguh mata yang memandangnya pada waktu itu. Ini mungkin kerana gambarnya telah keluar di akhbar ketika dia ditangkap khalwat bersama Sahiril kelmarin.
Dia terus masuk ke bilik dobi tersebut. Nadia yang sedang mengemas bilik tersebut terkejut melihat kehadirannya. “Apa yang kau buat kat sini? Bukan ke kau sedang bercuti sekarang ni?” Soal Nadia sedikit kaget. “Aku datang ni nak jumpa Ramli. Dia ada tak kat bilik?” Soal Mahani pula. “Ada. Tadi aku nampak dia masuk bilik dia tadi. Kenapa kau nak jumpa dia?”  Nadia bertanya.
“Aku nak hantar surat peletakkan jawatan aku.” Jawab Mahani bersahaja. “Apa? Kau nak berhenti kerja? Kenapa pula kau nak berhenti kerja?” Soal Nadia bertubi tubi. Mungkin kerana dia terlalu terkejut mendengar berita itu. “Kau nak aku kerja kat sini setelah apa yang berlaku? Cukup cukuplah aku dihina di rumah. Aku tak nak dihina kat sini.” Jawab Mahani jujur.
“Siapa yang nak hina kau kat sini?” soal Nadia lagi. “Nadia, kawan kawan dan pekerja pekerja kat sini mesti pandang serong kat aku. Mesti diaorang cakap yang aku ni janda jahat. Mesti diaorang cakap aku ni cuba nak goda Sahiril. Dari aku kena tomahan macam tu lebih baik aku berhenti kerja. Aku nak cari kerja lain. Lagipun Sahiril ada bagi aku duit tiap tiap bulan. Cukuplah untuk aku hidup dengan Irfan dengan duit tu.”  Mahani memberi penjelasan..
“Betul juga apa yang kau cakap tu Mahani. Bila kau tak ada bermakna aku tak ada kawan baik lepas ni. Mesti aku kena makan seorang diri.” Ujar Nadia. “Janganlah cakap macam tu. Banyak lagi orang kat sini yang kau boleh kawan. Kalau kau rindu aku kau boleh datang jumpa aku kat rumah. Nanti aku mesej kau kat mana rumah aku sekarang.” Ujar Mahani.
“Okey. Aku minta maaf Mahani jika aku ada sakitkan hati kau sepanjang kita berkawan.” Pinta Nadia. “Aku pun sama juga. Aku minta maaf jika aku ada sakitkan hati kau.” Ujar Mahani. Mereka berdua berpelukkan. “Aku pergi dulu ye. Lain kali kita jumpa.” Ujar Mahani. “Baiklah.” Balas Nadia sambil tersenyum. Mahani meninggalkan Nadia di bilik dobi itu dan menuju ke bilik Ramli.
Dia mengetuk terlebih dahulu bilik ketuanya. Walaupun dia sudah lama kenal dengan Ramli namun dia masih menghormati ketuanya itu. Apabila mendengar arahan masuk dari Ramli dia terus membuka pintu bilik tersebut. Dia melihat Ramli sedang menyusun fail yang terletak di atas rak yang berada di tepi dinding bilik itu. “Assalamualaikum Ramli.” Ucap Mahani.
“Waalaikumussalam. Oh Mahani. Ada apa? Sila duduk.” Pelawa Ramli mesra. Dia berpura pura seolah olah tidak ada apa apa yang terjadi antara dia dan Mahani. “Saya datang ni sebab saya nak hantar surat peletakkan jawatan saya.” Ujar Mahani sambil meletakkan surat yang telah ditaipnya dia hadapan Ramli. “Mahani, kenapa awak nak letak jawatan? Kalau sebab saya awak nak letak jawatan lebih baik awak ambil balik surat ni. Saya boleh terima kenyataan yang awak sudah menjadi isteri orang.” Ujar Ramli.
“Saya letak jawatan bukan sebab itu tapi saya rasa lebih baik saya berhenti. Sampai bila saya nak kerja kat sini. Saya nak cari kerja yang lebih baik dari kerja ni.” jawab Mahani. “Mahani, saya betul betul tak faham dengan fikiran awak. Kenapa awak berkahwin dengan Sahiril sedangkan awak tak bahagia dengan dia? Kenapa awak tak kahwin dengan orang yang sememangnya mencintai awak sepenuh hati?” Soal Ramli.
“Macam mana awak tahu saya tak bahagia kahwin dengan Sahiril? Saya bahagia kahwin dengan dia sebab saya cintakan dia.” Jawab Mahani. “Awak tak payah tipu saya Mahani. Nadia sudah beritahu saya segala galanya. Mahani, saya ikhlas mencintai awak. Saya sayangkan awak. Kenapa awak tolak orang yang mencintai awak? Saya betul betul tak faham.” Ujar Ramli.
“Ramli, awak tak faham keadaan saya. Awak hanya tahu bercakap tapi kalau awak berada di tempat saya, saya pasti awak akan pilih jalan yang saya pilih sekarang ni. Sudahlah Ramli. Awak lupakan saja saya. Carilah perempuan lain yang lebih baik dari saya. Nadia ialah calon yang paling tepat untuk awak.” ujar Mahani. “Awak ingat hati saya ni bola sepak yang awak boleh tendang macam tu sahaja? Cinta saya pada awak ikhlas Mahani. Saya jujur mencintai awak. Kenapa susah sangat awak nak faham.” Ujar Ramli sambil menekan nada suaranya..
“Ramli, saya sudah menjadi isteri Sahiril. Tak payah awak nak ungkit lagi pasal perkara ni. Selama ini saya hanya anggap awak kawan sahaja. Terima kasih di atas bantuan awak selama ini. Saya doakan awak mendapat jodoh yang baik. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Ujar Mahani lalu terus meninggalkan Ramli. Ramli hanya mampu memandang Mahani pergi meninggalkannya.
Dia tidak menyangka yang Mahani hanya menganggap dia sebagai kawan sahaja selama ini. Dia begitu ikhlas mencintai Mahani. Ramli bersandar di kerusinya dan memejamkan mata. Dia amat berharap apa yang terjadi ini hanya mimpi semata mata.

Setelah mengambil Irfan dari rumah Mahmudah, Mahani terus pulang ke rumah Sahiril. Begitulah setiap hari rutin hidupnya. Jika dia bekerja dahulu dia akan mengambil Irfan di rumah Mahmudah pada pukul enam petang memandangkan Irfan bersekolah agama di waktu petang. Nasib baik ada Mahmudah yang sudi menjaga Irfan. Mahmudah tidak pernanh meminta sebarang bayaran pun.
Mungkin dia mahu membantu Mahani. Mahmudah memang seorang kakak yang baik. Jam sudah menunjukkan pada pukul 6.30 petang. Dia khuatir jika Sahiril marah kerana sudah seharian dia tidak berada di rumah. Apabila dia sampai sahaja di rumah, Sahiril sedang bercekak pinggang di hadapan pintu rumah tersebut. Mahani melihat Sahiril masih memakai baju kemeja dan berseluar slack.
Dia tentu baru pulang dari kerja. Fikir Mahani. “Kau pergi mana? Dah petang macam ni baru kau balik.” Soal Sahiril. Mencerlang matanya memandang Mahani seperti harimau yang mahu menerkam mangsanya. “Pagi tadi saya pergi RaHa Hotel lepas tu saya duduk kat rumah Mahmudah.” Jawab Mahani berani. Dia sudah tahu sudah tentu dia akan dimarahi oleh lelaki itu.
“Kau pergi rumah Mahmudah? Kau buat apa pergi sana? Kau dah tak ada rumah ke?” Soal Sahiril. Wajahnya jelas menunjukkan dia sedang marah. “Saja saya nak duduk kat sana. Tak boleh ke saya nak pergi rumah kakak saya sendiri?” Sindir Mahani. “Pandai kau bercakap. Memang tak salah kau pergi rumah kakak kau habis tu siapa nak masak kat rumah ni? Ada orang gaji baru ke yang masak dan kemas rumah ni tolol?” Sindir Sahiril.
“Kalau saya masak pun awak bukan nak makan. Awak tu tahu membazir sahaja. Awak tak ingat yang awak pergi buang kuah asam pedas kat lantai semalam?” Marah Mahanti. Pantang datuk neneknya jika ada orang memanggilnya bodoh atau tolol. “Aku makan atau tak itu bukan urusan kau. Kau punya kerja masak, kemas rumah dan cuci baju aku. Siapa nak cuci baju dan kemas rumah ni. Aku bagi kau RM2000 setiap bulan bukan suruh kau pergi goyang kak kat rumah Mahmudah tapi kerja kat rumah aku ni faham.” Ujar Sahiril.
Mahani hanya mendiamkan diri. Dia malas mahu bertegang leher dengan lelaki itu kerana sudah pasti Sahiril mahu menang dan mengatakan dia yang salah. “Apa kau tunggu lagi? Pergi buat kerja. Dasar pemalas. Masak sedap sedap sikit.” Ujar Sahiril. Mahani terus ke bilik bersama Irfan. Setelah mandi dan menukar pakaian dia terus ke dapur untuk menyiapkan makan malam buat Sahiril.

...............................................................................................

“Jauh kamu mengelamun Ramli? Kamu ada masalah ke? Kalau ada masalah cerita dengan ayah. Mana tahu kalau ayah boleh bantu.” Ujar Salleh ketika mereka sedang menikmati makan malam. “Entahlah ayah. Susah saya nak cakap.” Balas Sahiril. “Kenapa ni? cakap macam orang putus cinta saja.” Ujar Salleh. Sejak akhir akhir ini dia sering melihat Ramli termenung.
Dia khuatir jika anak tunggalnya itu sakit. “Ayah, saya betul betul tak faham kenapa Mahani pilih untuk berkahwin dengan orang yang tak mencintai dia sedangkan ada orang yang lebih mencintai dia?” Soal Ramli. Terpancar riak kesedihan di wajahnya pada waktu itu. “Apa? Mahani dah kahwin? Bila? Ayah tak tahu pun.” Soal Salleh yang kelihatan agak terkejut.
“Tiga hari lepas.” Jawab Ramli pendek. “Yakah? Patutlah kamu sedih sangat. Sabarlah Ramli. Mungkin tiada jodoh kamu dengan dia.” Jawab Salleh. “Selama ni saya takut nak buka hati saya untuk perempuan tapi bila hati saya dah sayang pada seorang perempuan ni begini pula jadinya.” Ujar Ramli. Dia memicit micit nasi di pinggannya.
“Kamu kena banyak bersabar Ramli. Mungkin dia ada sebab buat macam tu. Kita kena ingat, setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya.” Nasihat Salleh. “Susah saya nak terima semua ni ayah. Hati saya sedih sangat. Baru saya nak menikmati kebahagian dah begini jadinya.” Ujar Ramli lagi. “Sudahlah tu. Lupakan dia. Cari saja perempuan lain. Banyak lagi perempuan lain yang lebih baik daripada dia. Kalau kamu nak ayah boleh tolong carikan. Banyak kawan kawan ayah yang anak mereka tak kahwin lagi. Semuanya cantik cantik belaka.” Ujar Salleh.
“Tak apalah ayah. Biarlah saya ubat luka kat hati saya ni dulu. Bila saya dah ada calon saya pasti akan beritahu pada ayah.” Kata Ramli lalu terus bergerak ke dapur untuk membasuh tangan. Salleh hanya mampu memandang langkah anak terunanya menaiki tangga untuk menuju ke bilik.

Melisa memakirkan keretanya di hadapan banglo Datuk Hasanah. Setelah memastikan keretanya berkunci, dia terus mengetuk pintu rumah banglo tersebut. Mak Temah yang bekerja sebagai pembantu rumah Datuk Hasanah membuka pintu. “Datuk ada Mak Temah?” Soal Melisa lembut. “Ada Cik Melisa. Silakan masuk. Nanti saya panggil Datuk turun.” Ujar Mak Temah sambil mempersilakan Melisa masuk.
Melisa terus bergerak ke ruang tamu rumah banglo tersebut dan duduk di salah satu sofa yang terdapat di situ. “Apa khabar Lisa? Lisa sihat?” Soal Datuk Hasanah yang baru turun dari tingkas atas rumah tersebut. “Baik auntie. Auntie apa khabar? Auntie selalu nampak awet muda.” Ujar Melisa. “Tak adalah. Mana ada Lisa. Auntie macam biasa saja. Mungkin auntie selalu makan jamu kot. Sebab tu wajah auntie sentiasa segar.” Ujar Datuk Hasanah.
Auntie makan jamu? Boleh percaya ke jamu jamu ni semua. Lisa takut nak makan jamu. Mana tahu kalau ada bahan bahan yang tak bagus dalam jamu tu. Elok elok boleh cantik nanti dapat muka macam orang kena simbah asid.” Ujar Melisa. “Itulah yang Lisa tak tahu. Banyak sebenarnya khasiat jamu ni. Auntie makan jamu ni sejak auntie sekolah menengah lagi. tengok muka auntie. Sentiasa awet muda.” Ujar Datuk Hasanah sambil menayangkan wajahnya.
“Oh yakah? Lisa takut la makan jamu. Lisa lebih percayakan produk produk yang moden macam pencuci muka dan krim yang biasa Lisa guna selalu tu.” Balas Melisa. “Sebab tu Lisa jangan beli jamu di sebarangan tempat. Auntie beli jamu ni kat kawan auntie. Dia tu pengusaha jamu terkenal kat Malaysia ni tau.” Terang Datuk Melisa bersemangat. “Kalau macam tu Lisa nak cubalah. Nanti auntie ajarlah Lisa macam mana nak makan jamu ni.” ujar Melisa.
“Boleh. Apa salahnya. Nanti kita pergi jumpa kawan auntie tu. Kita beli produk dia lepas tu Lisa boleh cuba. Lisa tengok perubahan diri Lisa. Lisa bukan saja nampak cantik tapi nampak bertenaga juga.” Jelas Datuk Hasanah. Mak Temah membawa seteko teh panas dan dua biji cawan. “Minum Lisa.” Pelawa Datuk Hasanah sambil menuangkan teh itu ke dalam cawan Melisa.
“Okey. Sahiril ada datang? Dah beberapa hari dia tak telefon Lisa.” Ujar Melisa. “Tak ada pula dia datang ke mari. Mungkin dia sibuk agaknya. Banyak kerja yang dia perlu buat kat hotel tu. Lagipun dia kan baru kahwin dengan janda jahat tu.” Terang Datuk Hasanah. “Betul juga. Kesian Sahiril. Terpaksa kahwin dengan orang yang macam tu. Lisa tak percaya yang Mahani boleh buat macam tu. Tengok dari luar baik saja.” Ujar Melisa.
“Baik apanya. Sejak pertama kali jumpa dia kat Port Dickson hari tu auntie dah boleh tahu yang dia tu bukan perempuan baik. Dia sengaja nak goda Sahiril supaya kahwin dengan dia. Lepas tu bolehlah dia rampas semua harta yang Sahiril ada.” Ujar Datuk Hasanah. “Lisa betul betul tak sangka yang dia boleh buat macam tu kat Sahiril. Mahani tu nampak bodoh saja tapi sebenarnya sangat licik. Kita kena hati hati dengan janda tu.” Ujar Melisa.
“Bagus juga dia kahwin dengan Sahiril tu. Boleh Sahiril ajar dia sikit. Pasti dia kena teruk dengan Sahiril dekat rumah tu.” Ujar Datuk Hasanah sambil tersenyum sinis.. “Biar padan muka dia. Biar dia rasa. Kalau tak cukup lagi biar Lisa tambah.” Ujar Melisa. Mereka berdua tertawa bersama.  

Mahani mengacau mihun goreng yang terdapat di dalam kuali itu. Pagi tadi apabila dia melihat di dapur dia melihat sebungkus mihun yang belum dimasak berada dalam kebinet dapur itu. Jadi Mahani mengambil keputusan untuk memasak mihun goreng pada pagi itu buat Sahiril dan Irfan. Setelah siap dimasak, Mahani memasukkan mihun itu ke dalam sebuah mengkuk yang besar.
Setelah itu dia menghidangkan mihun itu di atas meja makan. Irfan yang tidak bersekolah pada hari itu kerana cuti hujung minggu begitu berselera melihat mihun yang masih panas itu. “Sedapnya mihun yang ibu masak ni.” Kata Irfan. Dia sudah tidak sabar sabar untuk menikmati keenakan mihun yang dimasak oleh ibunya itu. “Irfan kena tunggu dulu tau. Kita kena tunggu pakcik Sahiril dulu. Nanti dia marah.” Kata Mahani memujuk Irfan.
“Okey.” Kata Irfan sambil mengangguk. “Kau masak mihun saja pagi ni? Nampak macam tak sedap saja.” Ujar Sahiril yang baru turun dari biliknya. “Dah itu saja yang ada. Nak suruh saya masak chicken chop saya tak pandai.” Sindir Mahani. “Kau apa yang pandai. Rancang nak tangkap khalwat dengan aku kau pandailah.” Perli Sahiril pula. Tajam sungguh lidah Sahiril.
Mahani hanya mampu bersabar dengan kata kata lelaki itu. “Mana pinggannya? Kau nak suruh aku makan letak atas daun pisang ke?” sindir Sahiril lagi. Mahani terus ke dapur untuk mengambil pinggan. Dia melihat begitu banyak pinggan di sinki yang masih belum dibasuh. Dia ingin membasuh pinggan di sinki itu. Dia tidak mahu dimarah oleh Sahiril kerana malas untuk mencuci pinggan yang berada di dalam sinki itu.
Dia mengambil pinggan yang terdapat di dalam rak itu dan memberikannya pada Irfan. “Irfan tolong ibu boleh tak?” Soal Mahani. “Boleh.” Jawab Irfan pantas. “Irfan letak pinggan ni kat atas meja tu. Tapi baik baik tau. Jangan sampai jatuh. Nanti pinggan ni pecah. Habis kita kena marah dengan pakcik Sahiril tu.” Ujar Mahani. “Okey.” Jawab Irfan lalu membawa pinggan itu ke atas meja makan itu.
Ketika Irfan malu meletakkan pinggan tersebut di atas meja makan kakinya tersandung pada kerusi menyebabkan pinggan itu terlepas dari tangannya. Terkejut Mahani pada waktu itu. Sudah tentu Sahiril akan marah padanya. Mahani terus berlari untuk mendapatkan Irfan. “Kau tengok apa anak kau dah buat? Siapa yang nak ganti pinggan mangkuk aku yang mahal ni?” Soal Sahiril kemarahan.
“Saya minta maaf. Saya yang salah. Sepatutnya saya tak patut suruh Irfan bawa pinggan tu pada awak. Saya minta maaf sekali lagi.” Kata Mahani. “Kau memang bodoh. Sebab kau habis pinggan ni pecah. Aku akan potong bayaran kau pada bulan ni.” ujar Sahiril. “Baiklah. Awak potonglah berapa banyak yang awak nak.” Akur Mahani. “Lagi satu, mulai esok aku tak nak tengok muka budak ni kat sini lagi. Bawa dia berambus dari rumah ni. Budak ni menyusahkan aku saja.” Ujar Sahiril.
“Tolonglah jangan buat macam tu. Dia seorang saja anak saya. Awak tak bayar saya pada bulan ni pun tak apa tapi tolong jangan halau anak saya dari sini.” Mohon Mahani sambil memeluk Irfan. “Aku tak kira. Kalau aku nampak budak ni kat rumah ni lagi aku akan campak dia kat luar. Rumah ni rumah aku. Aku boleh buat apa saja yang aku suka.” Ujar Sahiril dan terus keluar dari rumah tersebut. Mahani terus menangis sambil memeluk Irfan.  








0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.