Jumaat, 27 Februari 2015

ANTARA MENTERI DAN DIAM

Sumber : Google

                      
Ada seorang menteri,
Kaya raya orangnya,
Tapi dia diam sahaja,
Kita tidak tahu berapa kekayaannya,
Juga tidak tahu kerja kotornya.

Menteri ini jangan dicabar,
Kelak kau akan dikelar,
Dia punya wang dan juga harta,
Dia bisa lakukan apa sahaja,
Lebih lebih lagi dia punya kuasa.


Kerja kotornya ada di mana mana,
Ramai orang jadi mangsanya,
Kalau dia sudah tidak suka,
Bersiap siagalah untuk kau kena,
Dirimu akan terkubur entah di mana nisannya.

Menteri ini jahat orangnya,
Merompak wang rakyat dia punya kerja,
Harta negara dalam poketnya,
Sebab dia rapat dengan sang penguasa,
Dirinya bebas selama lamanya,
Walaupun negara pernah jahanam kerananya.




4 ulasan:

  1. Begitulah kotornya orang-orang yang berkuasa di Malaysia. Tak tau mana lagi yang baik dan bersih dari kotoran dosa..

    BalasPadam
  2. Meski dia hebat di pentas dunia,
    Takkan sekali terlepas pembalasan di sana.
    Apalah dilihat pada harta,
    Kelak ditelan bumi bukan ke pusara..

    BalasPadam
  3. status materialistik di dunia xkan ke mana kerana xboleh di bawa ke akhirat

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.