Selasa, 18 November 2014

“SAMPAH PERLU DIBUANG BUKAN DISAPU DI BAWAH PERMAIDANI (KARPET)”



Sumber : Google


         Tatkala saya ternampak berita Pengakuan Suami Curang di akhbar Sinar Harian, saya langsung tidak mengendahkan berita tersebut. Namun, akibat dibahas oleh banyak blogger di blog masing masing, saya turut mahu mengulas isu ini mengikut pandangan dan pendapat saya sendiri.



       Sejujurnya saya berasa kasihan dengan Mah. Saya tidak tahu mengapa dia boleh mempunyai suami yang pendek akal seperti itu. Suami Mah sepatutnya menjaga Mah dengan sebaik mungkin sebagaimana Mah telah menjaga dirinya, anak anaknya dan rumahtangganya. Suami Mah sepatutnya bersyukur kerana Allah telah mengurniakan seorang isteri yang sebaik Mah.



        Pada saya, tidak sepatutnya suaminya melakukan Mah seperti itu oleh kerana Mah tidak cantik lagi seperti dahulu. Ya, saya akui yang Mah sepatutnya menjaga penampilan diri walaupun telah mempunyai tiga orang anak tetapi bukan itu caranya si suami menyelesaikan masalah. Berzina dengan seorang janda bukan satu cara menyelesaikan masalah tetapi tambah membawa masalah.



        Jika suami Mah berasa tidak selesa dengan penampilan Mah, si suami mesti memberitahu dan menasihati isterinya. Bukan pergi berzina dengan janda! Bukankah pengkritik terbaik seorang suami adalah isteri dan pengkritik terbaik seorang isteri adalah suami? Kita tidak akan tahu tentang ‘belakang’ kita sekiranya suami tidak menegur.



        Ya, seorang isteri perlu kelihatan cantik untuk suami tetapi kita mesti fikir, mungkin dia ada masalah untuk dia lakukan itu semua. Pernah kita bertanya apa masalah dia? Pernah? Kita hanya pandai menghukum dan melemparkan kata kata tetapi kita tidak tahu masalah tuan empunya diri. Kalau kita beri dia duit dan dia beli emas serta perhiasan rumah, mengapa kita tidak bawa dia sahaja ke mana mana dan ubah penampilan dia mengikut citarasa kita? Fikir fikirkan…



         Si suami sepatutnya menghargai isteri sebaik Mah yang setia, bertanggungjawab, penyayang dan mampu menjaga rumahtangga dengan baik. Tetapi itulah sikap manusia. Mereka tidak pernah bersyukur atas apa yang ada di hadapan mata mereka tetapi mereka mula berasa kehilangan apabila perkara tersebut hilang dari pandangan mata mereka.



       Sikap suami Mah samalah seperti tidak membuang sampah sebaliknya menyapu sampah tersebut di bawah permaidani (karpet). Maksudnya dia tidak cuba menyelesaikan masalah sebaliknya cuba lari dari masalah. Mengapa dia begitu bacul dan dayus untuk menasihati isterinya supaya mengubah penampilan? Sungguh aneh! Dia tidak takut melakukan zina dengan seorang janda tetapi takut untuk menasihati isterinya! Budaya rimba mana yang dipakai oleh suami Mah ini?



          Inilah akibatnya jika tidak mengikut pertimbangan akal dan iman untuk menyelesaikan sesuatu perkara sebaliknya menggunakan pertimbangan nafsu semata mata. Jika Malaysia mengamalkan hukum hudud, sudah lama suami Mah direjam sampai mati sebagai satu hukuman. Sebagai lelaki, saya amat malu dengan sikap suami Mah ini.    


        Sejujurnya saya lebih suka gadis yang beriman, setia dan penyayang dari gadis yang cantik untuk dibuat isteri. Untuk apa kita ada isteri yang cantik jika tidak ada sikap yang baik? Untuk apa kita ada isteri yang cantik jika setiap hari kita risau jika isteri kita digoda oleh jantan lain? Jika imannya kuat, mungkin dia mampu menangkis godaan tersebut, jika imannya rapuh, sudah pasti dia akan tinggalkan kita. Biar isteri kita tidak cantik tidak mengapa asalkan beriman, setia dan penyayang serta mampu menjaga rumahtangga dengan baik.



      Sebagai suami, kita perlu melindungi dan menjaga isteri dengan baik. Tetapi sebaliknya isteri yang menjaga kita dengan baik. Mengapa? Kerana mereka sayangkan kita dan ada rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Sebagai suami, kita tidak boleh pandang sebelah mata semua pengorbanan isteri yang sanggup melahirkan anak kita, menjaga rumahtangga, memasak, membasuh pakaian dan seribu satu kerja lagi untuk membahagiakan kita.



          Oleh itu, jagalah isteri kita dengan baik. Jangan sesekali mensia siakan pemberian Allah yang baik itu. Ingatlah, bukan semua lelaki boleh mempunyai seorang isteri. Bersyukurlah dengan nikmat Allah tersebut. Jika ada masalah, bawa bawalah berbincang. Bukan mengambil tindakan seperti mana yang dilakukan oleh suami Mah itu.


         Kepada rakan rakan pembaca semua, marilah sama sama kita mendoakan agar Mah tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah memberkati hidup Mah dan anak anak dunia dan akhirat... amin...

10 ulasan:

  1. betul!! setuju sangat dan perumpamaan tu mmg tepat sekali!!

    BalasPadam
  2. suami tu sendiri yg kena bentuk isteri.. kannn..nama pon tanggungjwb..kalau ada yg tak betul kat isteri tu tegurlaa secara berhemah.. kdang isteri ni memg cept terasa hati kalau ditegur.. tapi cepat jugak surutnye.. kann

    BalasPadam
  3. Panduan untuk isteri dan teguran buat suami..

    BalasPadam
  4. setuju 100% dengan MNH.
    rumah tangga itu konsepnya bersama-sama.
    kalau ada yg kurang, tegurlah utk kebaikan bersama.
    bukannya dok pendam bertahun2 pastu bila dah jadi macam ni, salahkan isteri pulak.
    memalukan.

    BalasPadam
  5. setuju ! huuu :'( kesian isteri dia...

    BalasPadam
  6. siannyee...isteri diperlakukan mcm tu....suami isteri kena sentiasa saling lengkap melengkapi utk menutup segala kekurangan yang ada...dan kena terima seadanye...InsyaAllah bahagia

    BalasPadam
  7. Terkilan baca kisah tu.
    Saya pun dah banyak letak komen kat blog2 lain berkaitan perkara ni.
    Itulah yang terjadi bila hanya pentingkan duniawi.

    BalasPadam
  8. Suka tajuk die.. heee
    Setuju... siapa nak bimbing isteri kalau bukan suami...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.