Isnin, 20 Oktober 2014

ORANG MELAYU PENTERNAK ANJING??



       
program i want to touch a dog
Sumber : Google

           Gempar sungguh negara apabila sebuah program I Want To Touch A Dog diadakan di Bandar Utama baru baru ini. Banyak pihak mengeluarkan pendapat masing masing atas isu yang pertama kali melanda umat Islam di Malaysia. Sebelum ini belum pernah lagi ada mana mana individu atau pihak yang berani menganjurkan satu program yang langsung tidak membawa faedah seperti itu.

         Soalan saya apa perlunya program tidak berfaedah seperti ini dibuat? Apa kebaikan yang umat Islam dapat? Mahu dapat ilmu? Alangkah bagus jika penganjur program menganjurkan ceramah di mana mana masjid  dan memanggil seorang penceramah dalam kalangan agamawan yang berwibawa untuk bercakap soal ini? Mengapa mesti kita menganjurkan program seperti itu?

       Demi Allah, Islam tidak pernah benci pada anjing. Anjing juga binatang dan mesti dihormati haknya tetapi orang Islam bukan boleh suka suka atau sengaja untuk memegang binatang itu tanpa ada sebab musabab yang kukuh. Rasulullah sendiri pun tidakk pernah anjur program seperti ini ketika di zamannya tetapi kenapa kita betul betul jahil untuk menganjurkan program seperti itu?


        Anjing memang tidak dicela oleh Islam tetapi di dalam Islam anjing adalah najis. Najis mughallazah. Jangan samakan antara orang bukan muhrim bersentuhan dengan orang Islam bersentuhan dengan anjing. Jangan cuba ‘meliwat’ hukum yang telah Allah tetapkan. Kalau orang bukan muhrim bersentuhan kulit, mereka masih boleh sembangyang tanpa sertu tetapi bolehkah kita bersolat apabila kita memegang anjing tanpa sertu?

        Ya, saya akui bahawa wujud khilaf ulamak di dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Hanya ulamak dalam Mazhab Syafie sahaja mengatakan bahawa seluruh tubuh anjing itu adalah najis mughallazah tetapi tidak pada mazhab besar yang lain di mana mereka menyatakan hanya najis dan air liur anjing sahaja yang najis. Walaubagaimanapun, adalah haram untuk menyentuh anjing secara sengaja tanpa ada sebab sebab yang kukuh untuk melakukannya maksudnya haram untuk kita sengaja memindahkan najis ke atas tubuh kita.

       Adakah penganjur telah mendapat pencerahan yang betul daripada mana mana ulamak yang muktabar untuk membicarakan masalah ini sebelum menganjurkan program yang tidak mendapat sebarang faedah itu? Ingat, saya kata mesti mendapat pencerahan dari ulamak yang muktabar dan bukannya ustaz. Ilmu seorang ulamak lebih tinggi dan lebih banyak dari ustaz.

         Saya tidak nampak kebaikannya program ini dianjurkan. Orang yang mempertahankan program ini sepatutnya bertanya terlebih dahulu kepada yang pakar dalam bab bab agama seperti ini dan bukannya ‘main hentam keromo’ sahaja.

       Soalan saya mengapa tidak dianjurkan program mengimarahkan masjid pada waktu subuh yang sememangnya kurang orang itu? Inilah orang kita. Kalau mahu pegang anjing bukan main laju lagi tetapi bila bab mahu sembahyang subuh di masjid, seorang pun tidak mahu pergi. Alangkah bagusnya orang ramai yang datang ke program itu boleh datang ke majid untuk sembahyang subuh berjemaah!

          Ingatlah, sekarang kita sedang disuntik oleh pemikiran liberal dan pluralisme agama yang keterlaluan. Perkara sepatutnya diharamkan kita halalkan untuk sebab musabab yang tidak kukuh alasannya. Jangan sampai Islam rosak kerana perkara perkara seperti ini.

        Jika program seperti ini boleh wujud, tidak mustahil suatu hari nanti orang Melayu boleh membela dan menternak anjing di rumah. Dan tidak mustahil juga selepas ini akan ada program I Want To Touch A Pig yang akan dianjurkan! JAKIM harus segera bertindak agar perkara perkara karut marut seperti ini tidak akan berlaku. Jangan biarkan pemikiran liberal menyuntik dalam pemikiran umat Islam di Malaysia.      

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.