Isnin, 20 Oktober 2014

CARA MENCEGAH PENYAKIT KANSER

Kanser kulit, kanser usus, kanser otak dan pelbagai lagi jenis kanser memang ditakuti oleh ramai orang dan sudah banyak menyerang manusia di muka bumi ini. Sudah ramai orang menjadi korban akibat penyakit kanser. Saya sendiri pun takut dan semoga Allah menjauhkan saya daripada penyakit penyakit yang merbahaya seperti itu. Pada hari ini saya akan terangkan kepada anda seringkas dan sepadat mungkin tentang penyakit kanser. Mahu tahu lebih lanjut, sila baca sampai habis.

Apa itu kanser?

Sebelum kita mahu melawan 'musuh musuh' kita, kita perlu mengenal terlebih dahulu 'musuh' yang hendak kita lawan itu. Tahukah anda apa itu kanser? Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat tumor ini boleh membersar dan merebak ke seluruh anggota badan yang lain. Apa yang bahayanya, tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel tersebut.

Punca punca kanser

Tidak dinafikan bahawa kanser itu terjadi kerana gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras atau beralkohol, dan tekanan emosi atau stress berterusan, tetapi ingatlah, sebab utama orang mudah terkena kanser adalah kerana faktor pemakanan! Kita harus ingat bahawa hanya makanan yang beralkali tinggi sahaja yang mampu untuk mencegah penyakit kanser. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia lebih gemar memakan makanan yang berasid tinggi. Oleh sebab itu, ramai orang mudah terkena penyakit merbahaya ini.


Antara makanan berasid yang perlu kita kurangkan adalah dari jenis dedaging seperti daging lembu, daging kambing dan semestinya daging babi. Selain itu, anda perlu mengelakkan dari terlalu banyak makan kulit ayam terutama ayam yang disuntik, gula, garam, produk tenusu yang mempunyai lemak yang tinggi (keju, mentega, butter), makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi, makanan yang dipanggang, disalai, dibakar (sate, BBQ), makanan yang mempunyai perisa, pengawet dan pewarna (jeruk, buah buahan dalam tin, cencaluk), kicap, mee segera, makanan fast food, dan minuman beralkohol. 

Saya tidak kata jangan makan semua makanan tersebut cuma saya nasihatkan anda perlu kurangkan kerana makanan makanan berasid ini akan mudah membiakkan kanser dalam tubuh badan kita.

Cara mencegah penyakit kanser

Faktor utama kanser terjadi adalah kerana pemakanan yang berasid tinggi  bukan? Oleh itu kita mesti mengambil makanan yang mempunyai alkali yang tinggi untuk mengurangkan penyakit kanser ini antaranya adalah makan banyak sayur sayuran dan buah buahan. Anda juga digalakkan untuk makan ikan ikan air sejuk seperti tuna, salmon, tenggiri dan ikan kod. Anda juga mesti banyak minum air masak, jauhi minuman bergas dan beralkohol, kurangkan makan kerepek, dan makanan yang sarat dengan gula.

Selain itu, anda perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti mendapatkan waktu tidur atau waktu rehat yang mencukupi, mengawal tekanan emosi atau stress, banyak membaca Al Quran, zikir dan melakukan solat sunat kerana jika kita melakukan perkara perkara tersebut, kita mudah untuk mendapatkan ketenangan dan dijauhi dari sebarang penyakit. 

Cara mencegah kanser dengan Shaklee

Sebagai seorang pengedar bebas Shaklee, saya sarankan anda supaya mengambil makanan tambahan dan vitamin untuk memastikan anda kekal sihat dan membantu anda mencegah daripada penyakit kanser. Sebagai sebuah syarikat supplement semulajadi nombor satu di Amerika Syarikat, Shaklee telah mencipta produk Vivix Liquid Dietary Supplement untuk membantu anda mencegah penyakit kanser. Di dalam produk ini terdapat asid ellagik yang diekstrak daripada anggur Muscadine yang mampu untuk menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria. Jadi, kepada anda yang mahu berikhtiar untuk mencegah kanser, produk ini amat sesuai untuk anda.


 
 Jika anda mahu mendapatkan produk ini dengan saya, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
sms/telegram/whatsapp : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat dan Bangi (Seksyen 14 Teras Jernang sahaja)
 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.