Sabtu, 13 September 2014

SOALAN UPSR BOCOR : BENARKAH KEMENTERIAN PELAJARAN CUAI?

        




            Isu kertas soalan bocor ini bukan perkara baru sebenarnya. Ketika saya mengambil SPM pada tahun 2011 yang lalu pun sudah terdengar ada beberapa buah sekolah yang telah mendapat soalan soalan bocor sehingga sekolah itu telah berjaya menjadi sekolah berprestasi tinggi oleh kerana setiap kali peperiksaan, sekolah itu mesti akan mendapat soalan bocor. Kononnya orang yang bocorkan soalan itu adalah guru guru yang bertindak sebagai pembuat kertas soalan tersebut. Setakat mana benar khabar khabar angin itu, tidak dapat saya pastikan.

          Apa yang penting sekarang adalah kerajaan perlu berhati hati dan berwaspada pada masa hadapan agar masalah ini tidak akan berulang lagi. Ini kerana jika masalah ini berlaku semula, imej dan integriti kerajaan akan tercemar. Kawalan yang ketat terhadap perkara ini perlu dilakukan setiap masa dan dari semasa ke semasa. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan tidak boleh memandang remeh berkenaan hal ini.

           Saya kasihan dengan pelajar pelajar UPSR pada tahun ini kerana perlu mengambil peperiksaan besar tersebut sebanyak dua kali! Ini kerana bukan sesuatu yang menyeronokkan apabila sentiasa berada dalam suasana dan dalam waktu peperiksaan. Mereka perlu mengulangkaji semula setelah berhempas pulas pada kertas yang pertama untuk membuat yang terbaik dalam kertas yang kedua. Oleh kerana seorang manusia yang buat onar, ramai yang menjadi mangsa keadaan sehingga orang kuat Lembaga Peperiksaan Malaysia turut digantung tugas.

         Pada saya, bukan dalam masalah ini sahaja yang kerajaan perlu membuat kawalan yang rapi tetapi juga dalam isu isu pertahanan dan keselamatan negara. Kita tidak mahu selepas ini kita mendengar rahsia rahsia negara dan maklumat maklumat sulit pertahanan negara telah terbocor di sana sini kerana kecuaian kerajaan. Oleh itu, kerajaan perlu sentiasa berwaspada dalam apa juga keadaan. 

        Apa yang kerajaan perlu lakukan sekarang adalah mencari dalang terhadap masalah ini. Jangan biarkan manusia yang sengaja mencetuskan masalah ini bebas di luar sana. Jika sudah berjaya ditangkap, ambil tindakan yang sewajarnya dan setimpal dengan apa yang telah dia lakukan. Ini adalah sebagai peringatan kepada orang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang. 




Lihat juga : Internet percuma dalam tempoh dua puluh empat jam dalam telefon pintar anda! KLIK SINI

3 ulasan:

  1. Salam. Singgah blogwalking sini. Done follow.

    Adik saya yang bongsu ambil upsr tahun ni. Kesian dia. Siang malam pagi petang tuisyen. Dengan tuisyen berbayar lagi. Last-last bocor. Kecewa je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah. Sebab ada beberapa orang manusia tak bertanggungjawab, ramai orang yang menjadi mangsa.

      Padam
  2. Semua perlu telus pasti tak bocor lagi ^_^

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.